Bintang muda, Meerqeen menerima dengan hati terbuka segala kritikan yang dibuat oleh netizen Malaysia gara-gara dialog nya di dalam sebuah drama negara seberang disifatkan sebilangan warganet sebagai pelik dan agak 'cringe'.

Meerqeen terima kritikan

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen, 23, tidak melenting dengan tomahan yang telah diterima sebaliknya menerima sahaja apa yang telah dilontarkan netizen.

"Apa yang saya buat akan ada sahaja orang yang bercakap, saya dah masuk 6 tahun berada di dalam industri ini, jadi bagi saya terima sahaja lah.

"Banyak lagi yang ada, tapi mungkin orang fokus on negatif side jadi bagi saya tidak mengapa," katanya ketika ditemui Gempak.

Berita Trending: Gadis Cantik Tular Gembira Lulus Lesen Memandu Rupanya Anak Aidid Marcello -…

Sementara itu, Meerqeen yang memegang watak sebagai Ben di dalam drama tersebut turut memberitahu dia hanya merasa lega kerana penonton di Indonesia mampu menerima apa yang telah dipersembahkan.

"Itu adalah hari pertama saya shooting, drama tersebut saya shoot tiga tahun lalu, kami di sana untuk shooting dan saya juga ada masuk kelas untuk bertutur bahasa Indonesia.

"Bagi saya bila orang di Indonesia dapat terima apa yang saya sajikan saya dah okay sebab saya dah buat lah kerja saya," ujarnya lagi.

Berita Trending:Dikerumun Ramai, Wanita Disyaki Mabuk ‘Dibuli’ Lepas Kamalangan!…

Sebelum ini, tular di platform X yang memaparkan babak bertengkar antara Meerqeen dan teman wanitanya dalam naskhah yang bertajuk Modus Operandi.

Apa yang menarik perhatian apabila di ruangan komen rata-rata netizen geli hati dengan gaya perturturan dialog Meerqeen menerusi drama tersebut yang dikatakan tidak 'natural'.

Untuk rekod, Modus Operandi dihasilkan pada tahun 2022 ketika Meerqeen meriah populariti menerusi drama Melur Untuk Firdaus

Berita Trending: Isu Lagu Pulangkan ‘Berhantu’ Sampai Masuk Dalam Mimpi, Ajai Dedah…

Berita Trending: Momen Makan-Makan Abby Abadi Bersama Keluarga, Aslam & Marissa Raih…