,
Laman Utama

Netizen Musykil Kenapa Make-Up Fatin Afeefa Nampak Biasa-Biasa Je Waktu Majlis Perkahwinannya

Izwan Isa
02/01/2023
01:50 MYT
Hujung minggu lalu, saat orang ramai sibuk menantikan kehadiran tahun 2023, pelakon Fatin Afeefa mengejutkan peminat dan netizen apabila mendedahkan yang dia kini sudah bergelar isteri kepada lelaki bernama Aliff Awang.
Sungguhpun tidak memuat naik sebarang gambar perkahwinan, namun, foto-foto Fatin Afeefa mengenakan baju kahwin ada dikongsikan oleh beberapa pengguna Instagram termasuk jurusolek popular, Datuk Alha Alfa.
Selain majlis perkahwinan serba mewah yang menjadi sorotan, solekan Fatin Afeefa juga turut menjadi perhatian wargamaya.
Menerusi gambar yang dikongsi oleh Alha, ada netizen yang bertanyakan mengapa wajah Fatin Afeefa kelihatan biasa-biasa sahaja walaupun selepas siap disolek.
“Selalu aku Alha Alfa make-up orang auto lawa. Tapi dia ni kenapa biasa je?” tanya seorang pengguna Instagram.
Pertanyaan tersebut dibalas oleh beberapa pengguna Instagram lain:
“Sebab dia jenis tak make-up dah lawa.”
“Sebab dia selalu make-up, bila dia make-up orang nampak biasa je. Kalau yang tak pernah make-up bila make-up nampaklah aura cantik aura lain tu.”
Begitupun, masih ada dalam kalangan pengikut Alha yang memuji sentuhan jurusolek berkenaan.
“Love sangat… dia memang dah cantik dah. Kena sentuhan daripada Alha, hasilnya superb,” jelas seorang lagi netizen.
Sekitar November lalu, Fatin Afeefa ada memuat naik video memperlihatkan tangan seorang wanita yang dipercayai dirinya disarung cincin.
Video tersebut seakan-akan memberi bayangan bahawa pelakon filem Tentang Bulan Itu sudah mengikat tali pertunangan dengan teman lelakinya yang didakwa sorang jutawan.
Untuk rekod, Fatin Afeefa pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada tahun 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai pada 30 Mei 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adam Shahz Nafi Kediaman Diduduki Merupakan Pejabat & Rumah Perlindungan - “Alamat Yang Saya Guna Hanya Untuk…”

gempak
15/10/2024
07:45 MYT
Pelakon Adam Shahz tampil menafikan dia menetap di kediaman yang merupakan pejabat juga rumah perlindungan seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Hiburan

Adam Shahz Enggan Bayar Nafkah Anak RM1,000, Fatin Afeefa Syukur Suami Sudi Bantu - “Saya Harap Mahkamah Berpihak Pada…”

gempak
15/10/2024
02:55 MYT
Pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan bayaran nafkah diberikan bekas suami iaitu aktor Adam Shaz yang dianggap tidak mencukupi untuk menanggung kos persekolahan anaknya.
Hiburan

Tiada Halangan Untuk Berjumpa, Ada Sebab Fatin Afeefa Bimbang Nak Lepaskan Anak Perempuan Bermalam Dengan Adam Shahz - “Sebagai Ibu, Sudah Tentulah Saya…”

gempak
14/10/2024
06:10 MYT
Pelakon Fatin Afeefa berasa bimbang untuk melepaskan anak perempuannya bermalam dengan Adam Shahz, disebabkan kediaman bekas suaminya itu merupakan sebuah pejabat yang juga menguruskan rumah kebajikan.
Hiburan

Zain Saidin Tak Risau Aaisyah Suka Bersolek, Anggap Bersiap Bukan Satu Masalah - “Dia Dalam Fasa Membesar…”

gempak
11/10/2024
06:55 MYT
Pelakon, Zain Saidin tidak bimbang dengan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang disifatkan sebagai gemar bersiap.
Hiburan

14 Tahun Kahwin, Aqasha Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri Sempena Anniversary - “Terima Kasih Bertahan Dengan Lelaki Yang Memilih Kesederhanaan…”

gempak
10/10/2024
13:55 MYT
Pelakon Aqasha mencuri tumpuan apabila membuat ucapan manis kepada isteri tercinta, Baizura Sabri.
BorakSeeni