Laman Utama
Netizen Persoal Tujuan Caprice Ke Gaza & Mesir, Ini Jawapan Empunya Diri
Inisiatif penyanyi rap dan motivator Caprice berangkat ke Mesir dan Gaza kelmarin mengundang rasa kurang senang dalam kalangan segelintir netizen.
So sekarang ni kita takleh keluar rumah kecuali kalau nak pi Gaza ke? Macam ramai je dah pi sana. https://t.co/9uXdEF2XX6— tukang karrut (@sinach_z) June 24, 2021
Lol celebrities memang dapat free pass nak travel ke. I get that its for humanitarian work but does that mean we can all travel for that purpose. https://t.co/JxgmDHWmpn— Sasha ? (@fruuuufruuuu) June 24, 2021
Bersuara di media sosial, rata-ratanya mempertikaikan keperluan untuk Caprice melaksanakan misi kemanusiaan ke Gaza dan Mesir ketika negara sendiri sedang berdepan isu pandemik yang meruncing.
Sehubungan itu, Caprice tampil menjawab tujuannya ke wilayah bergolak itu menerusi hantaran di sosial medianya pada Jumaat.
"Ramai wartawan / blogs / news mesej tanya ape misi Caprice di sini.
"Pertama, untuk memberikan pertolongan kepada penduduk Palestik dalam kawasan ini (Gaza).
"Selain itu untuk bertemu dengan kenalan baharu dan membina jaringan yang lebih kukuh demi visi jangka panjang saya Road To Al Aqsa 2040.
"Ketiganya, untuk berjumpa dengan warganegara Malaysia dan pelajar Malaysia yang terkandas di Kaherah sejak COVID-19," jelasnya.
Bagaimanapun, kata Caprice lagi, segala pergerakannya di sana tidak digalakkan untuk dikongsikan secara meluas.
"Caprice tidak boleh rakam semua gerakan untuk misi tertentu demi keselamatan. Kalau ada misi yang telah selesai baru dapat post," katanya.
Caprice turut melayangkan ucapan terima kasih atas doa dan kata-kata semangat dari pengikutnya sempena urusan dan misinya di sana.
Caprice pada Rabu lalu mengumumkan dia mendapat kebenaran pada saat-saat akhir untuk masuk ke Kaherah, Mesir dan seterusnya ke Gaza.
Penyanyi itu selamat tiba di Kaherah, Mesir selepas menempuh penerbangan selama 18 jam.
Must-Watch Video