Skip to main content

Berita

Minta Ibu Belikan Bahan Air Berbuka, Kanak-Kanak Lelaki Curi Tumpuan Ramai – "Ingatkan Nak Buat Resipi Khairul Aming, Rupanya..."

WhatsApp Image 2026 03 07 at 1.24.44 PM

Sekilas

  • Seorang ibu berkongsi gelagat anak lelakinya yang minta dibelikan tembikai, oren dan air soda untuk buat minuman berbuka puasa.
  • Anaknya sebenarnya ingin cuba resipi minuman dari komik popular Lawak Kampus, bukan dari usahawan Khairul Aming seperti disangka ibu.
  • Netizen terhibur dengan cerita ini dan gembira melihat generasi muda masih membaca komik Lawak Kampus.
Advertisement

Seorang pengguna di Threads mencuri perhatian ramai selepas berkongsi gelagat mencuit hati anak lelakinya yang nekad mahu menyediakan air untuk berbuka puasa.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita itu berkata anaknya meminta agar dibelikan beberapa bahan selepas dia pulang dari kerja.

Advertisement

"Hari ini Budak kecil ini pesan dekat saya balik kerja nanti tolong belikan tembikai, oren dan air soda sebab dia nak buat air," tulisnya.

Tanpa berfikir panjang, wanita itu membelikannya bahan-bahan tersebut kerana menyangka anaknya mahu mencuba resipi minuman daripada usahawan terkenal, Khairul Aming.

Namun tanpa diduga, rupa-rupanya anaknya itu ingin mencuba resipi minuman daripada komik popular Lawak Kampus selepas tertarik melihat minuman yang digambarkan dalam buku tersebut.

Advertisement

"Ingatkan nak buat resepi KA (Khairul Aming), rupanya nak buat resipi Lawak Kampus. Dia terliur tengok air dalam komik Lawak Kampus yang dia baca. Jadi, dia buat keputusan untuk nak buat bagi berbuka hari ini," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat kanak-kanak itu, malah ada yang gembira kerana komik tersebut masih lagi dibaca oleh generasi kini.

"Lihat budak zaman sekarang masih baca Lawak Kampus sejujurnya buatkan saya sangat gembira.

"Ala comelnya budak ni.

"Saya suka bila melihat kanak-kanak menjadi kanak-kanak.

"Omg lawak kampus, saya luluskan," komen netizen.
 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement