Baru-baru ini, seorang Youtuber menerima kritikan yang hebat dalam kalangan netizen apabila melakukan eksperimen sosial terhadap wanita bertudung. Menerusi ‘prank’ berkenaan, Youtuber itu mendekati ‘mangsa’ lalu menarik tudung yang dipakai sambil berlalu pergi.
Hal tersebut ternyata menimbulkan kemarahan warganet. Namun, tidak hanya itu, prank tersebut hanyalah lakonan semata-mata dan mangsa yang terlibat dalam video berkenaan sebenarnya memang tidak mengenakan tudung.
Seperti menambah minyak pada api yang membara, Youtuber itu kemudiannya memuat naik dua video penjelasan dan mendedahkan yang prank tersebut dilakukan untuk melihat reaksi sebenar rakyat Malaysia terhadap hal berkenaan.
Namun, tindakannya itu membawa padah apabila dia telah didakwa Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kelmarin.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, lelaki berusia 24 tahun itu sebelum ini ditahan pada 7.30 malam kelmarin, susulan laporan diterima pihaknya.
Katanya, laporan berkait klip video daripada YouTube yang tular, menunjukkan tudung dua wanita Islam ditarik, hingga menimbulkan rasa kurang senang warganet.
"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan/ Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).
"Namun suspek dituduh mengikut Seksyen 14 Akta 336 di Mahkamah Majistret semalam dan dihukum denda," katanya dalam satu kenyataan.
Meninjau reaksi netizen di laman sosial, rata-rata bersetuju dengan tindakan yang dikenakan ke atas Youtuber berkenaan yang dianggap biadap.
“Seronok buat kerja bodoh lagi.”
“Ada terbaca semalam dia cakap dia buat content untuk tengok respon netizen dan dia cakap kalau ada yang nak pukul dia takpa, dia boleh report polis. Malaysia ada undang-undang katanya. Tapi tup-tup dia pulak yang kena dakwa. Kifarah is real.”
“Jangan bagi chance kat orang bodoh macam ni jadi famous dan kaya.”
Izwan Isa
Wed Jul 06 2022


Victoria Beckham & Menantu Kaya Tak Ngam
Khabar kurang enak datang dari keluarga Victoria Beckham. Isteri pemain bola legenda David Beckham ini didakwa bermasam muka dengan anak menantunya yang kaya raya, Nicola Peltz.

30 Tahun Berjuang Lawan Barah Payudara, Olivia Newton-John Meninggal Dunia
Takziah keluarga mendiang Olivia Newton-John.
![MLS3: [VIDEO]: Fad Jadi Najip Ali Malaysia, Lulus! Namie Tahan Gelak, Datuk Awie Ketawa Sampai Keluar Air Mata MLS3: [VIDEO]: Fad Jadi Najip Ali Malaysia, Lulus! Namie Tahan Gelak, Datuk Awie Ketawa Sampai Keluar Air Mata](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/mls3-fad-jadi-najip-ali-malaysia-lulus.jpg?ext=.jpg)
MLS3: [VIDEO]: Fad Jadi Najip Ali Malaysia, Lulus! Namie Tahan Gelak, Datuk Awie Ketawa Sampai Keluar Air Mata
Buat eh Fad, tak pernah tak lawak tau.

Cerai, Bekas Suami Dewi Perssik Duduk Rumah Sewa, Hanya Ada Jam Tangan
Episod rumah tangga penyanyi dangdut Dewi Perssik dengan suaminya, Angga Wijaya sudah berakhir.

Selepas PM, Akaun Telegram Menteri Luar Pula Kena Godam
Akaun Telegram Datuk Seri Saifuddin Abdullah digodam

Peraduan Detektif #MurderByMoonlight - Who’s The Murderer?
Korang nak jadi detektif sambil menang hadian? Korang berada di tempat yang betul!

Polis Tahan Lelaki Berusia 23 Tahun Letak Vape Di Mulut Bayi
Semoga bayi sihat sahaja.
![[VIDEO] Akibat Kongsi Rakaman Lamaran Olok-Olok Azal, Zarina Zainuddin Dikecam Netizen - “Anak Autism Pun Ada Hati & Perasaan” [VIDEO] Akibat Kongsi Rakaman Lamaran Olok-Olok Azal, Zarina Zainuddin Dikecam Netizen - “Anak Autism Pun Ada Hati & Perasaan”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/azal.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Akibat Kongsi Rakaman Lamaran Olok-Olok Azal, Zarina Zainuddin Dikecam Netizen - “Anak Autism Pun Ada Hati & Perasaan”
Zarina Zainuddin dikritik netizen
![[VIDEO] Allah Selamatkan Kamu Ayash Affan - Shuib Sambut Ulang Tahun Pertama Anak Bongsu [VIDEO] Allah Selamatkan Kamu Ayash Affan - Shuib Sambut Ulang Tahun Pertama Anak Bongsu](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/whatsapp-image-2022-08-09-at-7-17-43-am.jpeg?ext=.jpeg)
[VIDEO] "Allah Selamatkan Kamu Ayash Affan" - Shuib Sambut Ulang Tahun Pertama Anak Bongsu
Sekejap sahaja usia Ayash Affan dah setahun

Pembedahan Baru Kering, Lucinta Luna Dakwa Muka Mirip Jisoo Blackpink Pula
Bukan satu rahsia tindakan Lucinta Luna yang kerap melakukan pembedahan plastik terutama pada bahagian wajahnya beberapa bulan kebekalangan ini.