Ucapan hari lahir yang diberikan oleh pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu kepada arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissudin mengundang rasa sayu dan hiba dalam kalangan netizen.

Menerusi slot yang dikendalikan menerusi sebuah stesen radio swasta tempatan, Shuib dalam nada sebak meluahkan rasa sayang terhadap Sarah dan sentiasa berharap agar dapat ‘bertemu’ dengan isterinya semula.

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)


“I sayang you… dan I ada impian yang cukup besar, I nak jumpa you semula, insya-Allah. Doakan I ke jalan itu.”

“I pernah cakap dengan you I nak you jadi bidadari I… so insya-Allah. Happy birthday Siti Sarah Raissudin,” tutur Shuib.

Ketika rakan setugas, Ajak Shiro bertanya mengenai kenangan manis bersama, Shuib berkata, selama 11 tahun mendirikan rumah tangga, segala yang ditempuh adalah yang indah indah belaka.

“Jika masih hidup umur dia sekarang 38 tahun. 11 tahun yang cukup indah bersama.

“Kalau dulu perkataan kenangan itu hanyalah biasa sahaja, tetapi sekarang sangat luar biasa,” katanya lagi.

Hari jadi Allahyarham Siti Sarah jatuh pada 15 September iaitu semalam.

Menerusi respons yang ditinggalkan oleh netizen, ramai yang mengakui sayu apabila mendengar ucapan berkenaan.

“Nak hujung-hujung sayu pulak dengar ucapan Shuib. Al-Fatihah buat arwah Siti Sarah. Semoga Shuib kuat ok.

“Sebaknya dengar nangis sama-sama la…”

“Ajak ni… Banjirlah kita semua. Selamat hari lahir buat arwah Siti Sarah bidadari syurga. Moga Shuib sentiasa jadi ayah yang paling awesome buat anak anak.”

Untuk rekod, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayyash Affan.