,
Laman Utama

Netizen Sebak Tengok Ibu Gadai Gelang Emas Beli Laptop Anak - "Sayanglah... Yang Penting Dia Nak Belajar"

Amri Hassan
05/09/2023
09:55 MYT
Sepotong video memaparkan seorang wanita datang ke kedai gajet untuk membelikan komputer riba untuk anaknya mengundang sebak dalam kalangan warganet.
Video yang berputar di TikTok dan Twitter itu menyaksikan ibu pertengahan usia berhajat untuk menggadaikan gelang emasnya untuk membeli laptop demi anaknya yang bakal menyambung pelajaran.
"Mak cik nak cari laptop untuk anak, orang habaq kata ada sini mak cik mai nak tengok macam mana bayaran.
"Kalau cukup nak beli cashlah, kita tengok dululah. Tak tahu nak kata, mak cik nak bagi gelang je lah kat cik.
"Gelang ni pak cik beli ulangtahun perkahwinan kami. Sayanglah... Yang penting anak nak belajar, biarlah kita berkorban, ada duit kita beli lain kan," kata wanita tersebut.
Bagaimanapun, jurujual wanita yang merakamkan video terbabit menasihatinya agar tidak menggadaikan gelang emasnya sebaliknya memberikan pilihan lain.
"Kalau mak cik nak tolak gelang tu, rasanya tak payah dululah mak cik. Simpan takut ada benda lagi penting nak beli. Saya rasa mak cik join kutulah.
Kami ni selain jual cash, kami buat kutu gajet juga. Kalau mak cik nak bayar bulan bolehlah main kutu. Senang sikit tak bayar keluar duit seketul," cadangnya yang dipersetujui oleh wanita terbabit.
Hal itu mengundang rasa simpati dan sebak dalam kalangan netizen yang turut tersentuh dengan pengorbanan ibu terbabit.
"Kalau macam mak aku laa kann tak ada istilah 'terpaksa' jual barang kemas sebab dia beli barang kemas supaya esok lusa bila perlukan duit untuk sambung belajar or kecemasan, dia boleh gadai." - @NaimFathullah
"Aku kalau mak sanggup buat macam ni, lagi bersemangat nak berjaya, nak ganti yang lagi baik untuk dia. Susah macam mana pun aku, aku akan pastikan apa dia nak aku tunaikan. Yes anak bukan investment tapi, sebagai anak, kalau mereka buat segala untuk kita masa membesar, ibu bapa tanggungjwb kita," - @HrsAsl
"Untungnya dapat mak macam ni. Aku dulu, ko susah ko hiduplah sendiri. Sampai sekarang taku nak susahkan mak. Kalau mak belanja kita bagi lagi duit belanja, sampai dia kata aku nak buat apa duit banyak-banyak ni. Semoga anak mak cik ni tak lupa jasa mak cik." - @CynTaHaTyQ
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar