Laman Utama

Netizen Selidik Harga Jam Tangan Mewah Hadiah Anniversary Jep Untuk Sari Yanti - "Cantiknya, Pandai Jep Pilih"

gempak
Amri Hassan
17/02/2022
14:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Selidik Harga Jam Tangan Mewah Hadiah Anniversary Jep Untuk Sari Yanti - "Cantiknya, Pandai Jep Pilih"
Peminat pasangan selebriti Sari Yanti dan Jep tampil membongkar harga seutas jam tangan jenama Franck Muller yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.
Jam tangan mewah itu diberikan oleh Jep kepada Sari Yanti sempena ulangtahun perkahwinan kelima mereka.
"Alhamdulillah. Anniversary gift came early. Thank you sayang. Semoga Allah merahmati ikatan kita sampai syurga," tulis Sari Yanti.
Di ruangan komen, peminat gigih membongkar harga jam tangan jenis Lady Vanguard itu yang dianggarkan berharga ratusan ribu ringgit.
Untuk rekod, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin mendirikan rumah tangga bersama Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 4, Muhammad Khidir, 2, dan Abu Bakr, 1.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024