Hiburan
Netizen Spekulasi Sedang Berbadan Dua, Ini Jawapan Nad Zainal
Pelakon Nad Zainal telah mendapat perhatian netizen selepas memuat naik sebuah rakaman video menahan diri daripada muntah ketika menjalankan penggambaran.
Jelas Nad, dia tidak tahu punca badannya berasa tidak sihat.
"Baru nak acah-acah jadi hos program makanan.. Tak taulah kenapa badan Nad hari ni tak berapa sedap.
"Doakan moga sihat-sihat saja. Huhuhu. Insya-Allah nanti Nad update apa yang patut ya," tulisnya di Instagram (IG).
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mula berspekulasi menyatakan Nad sudah berbadan dua.
Walau bagaimanapun menerusi Instagram Stories, Nad menyatakan dirinya dalam keadaan baik.
"Pantang mual je mengandung ya. Penat pun mual, low blood pun mual tau.
"Ahahaha thank you tapi I'm okay," tulisnya lagi.
Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Fahad Ibrahim.
Must-Watch Video