Pelakon Janna Nick berkongsi sepotong rakaman video di platform TikTok yang memperlihatkan dirinya dan suami, Dini Schatzmann sedang menjamu selera.

Ketika menikmati makanan bersama, Janna yang kini berada di London bersama Dini memberitahu suaminya pergi ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

Dipenuhi rasa ingin tahu, Janna turut meminta Dini untuk berkongsi isi khutbah yang didengar ketika berada di masjid.
@jannanickofficial

Last kutbah for 2023! Semoga yang baik baik untuk kita semua bagi tahun 2024 ❤️ HAPPY NEW YEAR KORANG

♬ original sound - jannanick95

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikut Janna dan netizen memuji sikap pelakon itu yang penuh dengan rasa ingin tahu mengenai apa yang didengari suaminya menerusi khutbah Jumaat.