Tengah malam tadi (waktu Malaysia), bintang bola sepak Cristiano Ronaldo telah memuatnaik fotonya dengan gaya rambut baharu di Instagram.

Bagaimanapun, kebanyakan pengikut Ronaldo tidak sukakan gaya rambut terbaharu pemain Real Madrid itu.

Menerusi entri yang mendapat 4.2 juta ‘likes’ dengan lebih 250 ribu komen itu, Ronaldo telah menulis kapsyen “Anda sukakannya?” kepada kira-kira 103 juta pengikutnya.

Namun kebanyakannya meninggalkan komen dengan jawapan “tidak” termasuk yang menyamakannya dengan penyerang Real Madrid, Benzema.




Ronaldo muncul wira selepas membantu Real Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara, dengan menjaringkan dua gol dalam perlawanan menentang Juventus.

Real Madrid menundukkan Juventus 4-1 pada aksi final di Cardiff, awal pagi Ahad lalu.