Laman Utama

Netizen Tegur Saiz Badan, Uyaina Arshad Struggle Nak Turunkan Berat Lepas Bersalin; “Menyedihkan, Tengok Perut Dekat Cermin Macam Mengandung…”

gempak
Shahrin Zulkifle
08/11/2022
00:00 MYT
Sponsor Banner
Netizen Tegur Saiz Badan, Uyaina Arshad Struggle Nak Turunkan Berat Lepas Bersalin; “Menyedihkan, Tengok Perut Dekat Cermin Macam Mengandung…”
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad akui mengalami perubahan pada bentuk badannya selepas melahirkan anak pertama pada September lalu.
Jelas pemilik nama lengkap Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, dia sedar akan perubahan tersebut dan berusaha untuk mengembalikan saiz badannya yang terdahulu.
“Betul menyedihkan, lepas bersalin bila tengok perut dekat cermin, rasa macam tengah mengandung empat bulan. Sebab perut buncit sangat selepas bersalin.
“Sekarang Uyaina dah dua bulan lepas bersalin, agak struggle juga nak turunkan badan. Nak kecilkan inci badan balik, walaupun jaga makan,” katanya.
Uyaina berkongsi perkara itu menerusi satu sesi soal jawab (ask me question) bersama pengikutnya di Instagram selepas ditanyakan mengenai perubahan saiz badannya.
Tambah isteri kepada penyanyi Raja Shahiran itu, untuk menurunkan berat badan bagaimanapun mengambil sedikit masa, namun dia akan lakukannya secara perlahan-lahan.
“Perlahan-lahan, terutamanya saya bedah, beza dengan lahir normal. Tapi tak apa, slowly but surely”, tambahnya.
Untuk info, Uyaina selamat melahirkan putera sulungnya pada September lalu dan diberikan nama Raja Urhan Raja Shahiran yang membawa maksud cukup baik.
Uyaina dan Raja Shahiran telah selamat bergelar suami isteri pada 20 Disember 2021 dalam sebuah majlis yang diadakan di Colony Star Boulevard, KLCC.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live