HIBURAN
Netizen Tergamam! Perancang Perkahwinan Akhyar Rashid & Eyka Farhana Dedah Kos Majlis Resepsi - "Serius la ni..."
Perancang perkahwinan Akhyar Rashid dan Eyka Farhana, Indah Wedding iaitu Wan mendedahkan kos majlis resepsi untuk pasangan tersebut.
Ketika dihubungi Isha Norsham dalam segmen Gempak Hit Era, Wan memaklumkan bahawa pasangan tersebut telah mengeluarkan kos sebanyak RM100,000 untuk majlis di Langkawi.
"Saya cakap sahaja ya, plus minus semuanya lebih RM100,000. Kami based dekat Kuala Lumpur, Eyka pilih kami sebab dia percaya kami untuk buat outdoor event tu. Jadi kami bawa semua barang-barang kita ke Langkawi.
"Dia memang nak buat dekat situ juga, kami ada nasihat dekat dia perlu ada kanopi semua tapi dia tak nak. Kami risau juga pasal cuaca tapi Allah itu maha kaya beberapa jam sebelum majlis matahari naik," katanya.
Pasangan itu difahamkan mengadakan majlis resepsi di The Danna Langkawi Resort & Beach Villa pada Ahad.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak terkejut dengan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pasangan tersebut.
"100k apa la sgt bagi diorang.
"Kalau mampu x salah. Semoga hingga akhir nyawa.
"Rezeki depa😍…tp mmg cantik & klasss ❤️.
"Serius laaa ni.
"Ala Akhyar pon gaji 20k sebulan .5 bulan gaji cukup dah," komen netizen.
Untuk info, Eyka Farhana dan pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selamat bersatu dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup pada Jumaat.
Majlis pernikahan yang diadakan sekitar pukul 10.12 pagi di Boathouse by The Lake, Ampang, Kuala Lumpur, disaksikan oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat pasangan tersebut.
Difahamkan Eyka dan Akhyar sudah menjalin hubungan cinta sejak hampir lima tahun lepas dan bertunang pada 4 Ogos tahun lalu.
Kisah percintaan Eyka bersama Akhyar mula dihidu sejak 2020 selepas mereka beberapa kali dilihat keluar ‘dating’ dan bercuti bersama.
Must-Watch Video