Laman Utama
Netizen Tersentuh Anwar Ibrahim Tak Ambil Gaji Perdana Menteri - “He Sets The Standard Too High”
Ramai dalam kalangan netizen melahirkan rasa tersentuh apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap menolak untuk menerima bayaran gaji bulanan bagi jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Menerusi balasan-balasan yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial, tindakan Anwar itu dilihat sebagai satu hal yang sangat positif dan menjadi penanda aras terhadap jawatan berkenaan pada masa akan datang.
“He sets the standard too high. Good luck untuk calon PM yang seterusnya.”7. Tetap menolak untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 24, 2022
“PM pertama kita yang tidak mahu ambil gaji.”
“Baru mendengar Anwar Ibrahim takkan ambil gaji sebagai Perdana Menteri. Ya Allah ya Rabb, kurniakanlah barakah dan rahmah bagi pimpinan ini, sungguh tawaduk. Kuatkanlah beliau dalam mentadbir negara ini."
“Harapnya pemimpin-pemimpin daripada parti lain boleh ambil contoh ini dan mengamalkannya."
“Nak cakap sini jap, sungguh bangga Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu ambil gaji sebagai PM. Mungkin beliau tidak mahu ambil sekarang kerana ramai yang susah. Bila dah stabil, mungkin dia akan ambil mungkin tidak. Tapi, keputusan ini menunjukkan yang beliau ikhlas untuk mentadbir negara dan menjadikan Malaysia lebih baik.”
Terdahulu, Anwar tetap dengan pendirian untuk tidak menerima gaji bagi jawatan itu. Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memulihkan keyakinan rakyat, terutama terhadap kerajaan perpaduan pimpinannya.
“Saya telah umumkan bahawa langkah pertama untuk memulihkan keyakinan rakyat supaya tidak melihat menteri tanpa kira parti, agama.
“Saya memilih untuk menolak gaji Perdana Menteri,” ujarnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video