Kisah rumah tangga pasangan pelawak Shuk Sahar dan usahawan Rossa Sera umpama tiada titik noktah dan terus menjadi buah mulut netizen.
Terbaharu, menerusi siaran di Instagram Stories Sera, wanita itu dimaklumkan suaminya, Shuk masih keluar bersama-sama dengan wanita sama yang sebelum ini pernah dikaitkan sebagai individu ketiga.
"Semalam ada datang Gurney Penang watch movie tak? Nampak Shuk. Perempuan tu tak pasti siapa sebab jauh tapi kurus kering gaya macam F*** pun ada," kongsi individu terbabit.
Jawab Sera; "Ye, siapa-siapa ada nampak tu bukan I you all. Dua mangkuk ini memang takkan mengaku. Lain kali korang ambil gambar dan video dorang kalau nampak so dorang tak boleh acah-acah victim."
Selain individu berkenaan, tampil juga pengguna lain yang berkongsi pernah bertemu dengan Shuk dan wanita berkenaan di sekitar Kuala Lumpur.
"Haritu I pergi urut area Changkat KL, I nampak Shuk dengan F***. Selamba je tepi jalan orang ajak selfie, bangga betul pergi jalan-jalan bawa skandal.
"Memang time tu I betul-betul jalan sebelah mereka. I ingatkan you tau. Pastu I tengok betul-betul tu F***. Dia pakai sweatshirt Mickey yang dia selalu pakai dan selendang hitam," dedah pemaklum itu.


Malah, sekeping foto sepasang lelaki dan perempuan berhijab berjalan bersama-sama pada waktu malam turut dikongsi dan didedahkan di akaun Instagram Sera.
Awal Oktober lalu, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah memberikan bayangan rumah tangga mereka kembali retak dan dikhianati lagi.
BACA: "Tiada Siapa Pun Mahu Pilih Perpisahan" - Drama Apa Lagi Rossa Sera, Shuk?
Shuk bagaimanapun menjelaskan berlaku perselisihan faham antara mereka namun ia bukan hal yang serius.
Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang baru berusia setahun.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!