Skip to main content

Berita

Percutian Bertukar Tragedi, Wanita Dikurung & Dir*gol 3 Hari

IMG 2317

Sekilas

  • Seorang wanita warga AS didakwa menjadi mangsa rogol di sebuah inap desa di Karnataka, India selepas dipercayai diberi minuman mengandungi bahan memabukkan.
  • Dua suspek, termasuk tukang masak dan pemilik inap desa, telah ditahan dan siasatan mendapati pemilik premis cuba menghalang mangsa mendapatkan bantuan dengan memutuskan akses WiFi selama tiga hari.
  • Mangsa berjaya melarikan diri dan mendapat bantuan Kedutaan AS serta rawatan hospital, manakala kes masih dalam siasatan dan suspek direman sehingga 3 Mei.
Advertisement

Seorang wanita warga Amerika Syarikat (AS) didakwa menjadi mangsa rogol ketika menginap di sebuah inap desa di negeri Karnataka, selatan India, dalam kejadian yang mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan pelancong asing di negara itu.


 

Advertisement

Menurut laporan media tempatan, mangsa yang berasal dari Washington berada di sebuah inap desa di perkampungan Kutta sebelum mendakwa telah diberi minuman dicampur bahan memabukkan, sebelum diserang secara seksual.


 

Polis India memaklumkan dua individu telah ditahan bagi membantu siasatan, masing-masing seorang tukang masak yang dipercayai pelaku utama serta pemilik inap desa berkenaan.

Advertisement


 

Dalam perkembangan mengejutkan, pemilik itu turut disyaki memutuskan akses WiFi mangsa selama tiga hari dipercayai bagi menghalangnya daripada mendapatkan bantuan atau melaporkan kejadian tersebut.


 

Seorang pegawai penyiasat berkata, siasatan awal mendapati terdapat bukti bahawa pemilik premis cuba mengehadkan komunikasi mangsa, dan peranannya dalam insiden itu masih disiasat.


 

Mangsa dilaporkan berjaya meninggalkan lokasi selepas tiga hari menjadi mangsa serangan seksual.


 

Selepas kejadian, wanita itu segera menghubungi Kedutaan AS yang kemudian menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut.

Mangsa turut menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Mysuru.


 

Kes berkenaan kini dalam siasatan lanjut, manakala kedua-dua suspek telah direman sehingga 3 Mei ini bagi membantu proses perundangan.


 

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement