Skip to main content

Berita

Sambut Raya Bersama, Hubungan Puteri Sarah & Syamsul Yusof Kembali Pulih - "Kita Move On Sahaja.."

WhatsApp Image 2026 04 25 at 1.21.50 PM


Selepas melalui kemelut yang panjang, pelakon Puteri Sarah Liyana kini menjalinkan hubungan baik bersama bekas suaminya, pengarah Syamsul Yusof.

Puteri Sarah, 40, berkata dia bersama Syamsul berjaya mencapai persefahaman terutama dalam menguruskan dua anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

"Saya tak mahu ulas lebih lanjut, kita 'move on' sahaja. Masing-masing sudah ada fokus sendiri. Apa yang sudah jadi, biarlah terjadi.

"Hubungan kami tetap baik kerana kami mengamalkan 'co-parenting'. Tiada masalah dalam menguruskan anak. Kita tak nak ada masalah di kemudian hari.

"Hari Raya tempoh hari, dia turut beraya bersama anak. Pada hari raya kedua saya juga turut meraikan bersama keluarganya," kongsinya kepada mStar.

Kata Puteri Sarah lagi, hubungan bersama keluarga mentua juga akan kekal baik selain tumpang gembira apabila melihat bekas suami kembali kepada ibu bapanya.

"Alhamdulillah, memang gembira melihat mereka kembali berbaik. Itu yang diharapkan semua pihak sejak awal," ujarnya.

Ditanya soal jodoh, Puteri Sarah berkata perkara itu bukan lagi menjadi keutamaan dirinya buat ketika ini.

Sebaliknya sibuk mengembangkan perniagaan selepas berjaya memiliki kilang sendiri untuk menghasilkan produk.

"Jodoh, ajal dan maut semuanya ditentukan Allah. Doakan yang terbaik.

"Tapi memandangkan perniagaan saya semakin membesar dan sudah mempunyai kilang sendiri, saya mahu fokus untuk mengembangkannya lagi," luahnya.

Tambah Puteri Sarah lagi, dia tidak lagi mahu menoleh ke belakang dan ingin meneruskan kehidupan yang lebih positif.

"Sekarang saya fokus kepada perubahan. Dah cukup huru-hara sebelum ini, jadi saya rasa kini berada dalam fasa bahagia," jelasnya.

Untuk rekod, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014, namun pasangan ini sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 9, dan Sumayyah, 7 tahun.


Sumber: Mstar

Anda mungkin berminat dengan

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Advertisement