Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya set kediaman banglo mewah filem Misteri Dilaila telah melalui beberapa proses transformasi untuk mendapatkan mood misteri seram yang diinginkan.

Menerusi temu bual pengarah filem itu, Syafiq Yusof, set dan props banglo yang terletak di Fraser Hill itu telah diubah suai daripada wajah asalnya.



Selain dilekatkan kertas dinding, dicat semula, lantai banglo itu turut dipasang karpet berwarna merah.

"Konsep filem ini banyak bermain dalam set rumah berkonsepkan Inggeris. Saya mengambil rujukan daripada filem seram thriller Hollywood dan Korea.

"Setting rumahnya cantik dan estetik. Jadi, saya arahkan Art Department untuk buat balik rumah itu dan refurnish.

"Rumah itu kosong, lantai berlubang dan ia sebuah rumah tinggal, tapi kita buat balik rumah itu bagi cantik.

"Apa yang anda lihat dari rumah itu, semuanya dibuat semula," katanya.



Sementara itu, menerusi perkongsian sebuah akaun Twitter salah seorang kru produksi Misteri Dilaila, proses transformasi itu dihuraikan lebih mendalam.

1. Untuk Misteri Dilaila ini konsep: English/British style. So team art mengambil masa lebih kurang seminggu atau lebih untuk siapkan keseluruhan rumah.

Ya, satu rumah banglo di setup semuanya. Apa yg korang tgk dlm filem, segala decoration & interior dalaman dibuat semula.

2. Team art ni besar:

1. Production Design
2. Art Director
3. Set builder
4. Concept artist (illustrator)
5. Model maker
6. Prop creater
7. Prop


Kalau ikut Hollywood memang banyak lagi position tapi di Malaysia tak dipraktikkan sangat, hanya ada Art director, set builder, prop master & propman.

3. Set film dibina macam architecture & interior designer buat keje, cuma ia dibina untuk penggambaraan sesebuah filem.

4. Lepas abis shooting kebanyakkan set ini akan di musnahkan termasuah set Misteri Dilaila.

So keadaan rumah selepas abis shooting akan kembali pada asal.

Setiap set selalunya mengikut kehendak pengarah, apa konsep dan idea yang pengarah mahu, akan dibuat oleh Production Designer.

Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.

Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang.

Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya.

Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan isterinya.