Skip to main content

Trend Pasaran

“Ni Baju Melayu Nate Apo Pulok… Allahu” – Baju Melayu Macam ‘Orang-Orang’ Undang Reaksi Lucu Netizen

baju-raya-orang-orang.jpg
Apabila tibanya bulan Ramadan pasti ramai yang mula sibuk mencari rekaan baju raya untuk menyambut Aidilfitri.
 
Untuk memberikan sedikit kelainan maka timbulnya rekaan-rekaan pelik baju raya yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

 
Terbaru, rekaan busana baju melayu yang besar dan singkat sudah mula tular di media sosial sejak semalam.
Gara-gara baju tersebut juga, media sosial meriah dengan ‘tread’ lucu yang dibuat oleh netizen sebagai respon kepada baju melayu yang disifatkan melucukan dan tidak sepatutnya wujud.
 
Tidak kurang juga ada yang menyamakan rekaan busana tersebut menyerupai orang-orang disawah padi.  
Terdahulu, pereka fesyen, Anuar Faizal Official juga antara yang menjadi mangsa kecaman kerana rekaan baju rayanya didakwa kelihatan seperti baju program Bolos.
 
BACA: "Ni Bukan Kurta, Ni Baju Rancangan Bolos Saja Dinding Itu" - Fesyen Raya Terbaru Ini Dikecam Netizen
 

Must-Watch Video

Advertisement