Hiburan
"Ni Bukan Mendidih! Dah Habis Cari Dah Ni!" - Peminat Tak Keruan Bila Sembilan Doktor Kacak Buat #Dontrushchallenge
Bukan mudah menjadi frontliner dan pada masa yang sama cuba mencari masa untuk merehatkan kepenatan fizikal dan minda.
Antara perkara yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijalankan adalah membuat #dontrushchallenge, cabaran yang seolah menunjukkan anda berada berdekatan antara satu sama lain, tetapi sebenarnya tidak.
Antara #dontrushchallenge yang anda boleh saksikan adalah daripada artis, selebriti, jurumekap, kru penerbangan dan banyak lagi.
Baca: "Tak Bertukar Pun!" - Shima Anuar Buat Challenge Tak Menjadi, Zulin Aziz Pulak Buat Seorang Diri
Baca: Dari Moyang Sampai Cicit, Mawar Rashid Buat #Dontrushchallenge Empat Generasi! Alahai Comelnya!
Terbaru, sembilan orang doktor kacak ini turut tidak mahu ketinggalan untuk berhibur sambil menunjukkan kreativiti masing-masing dalam #donrushchallenge.
Ternyata #dontrushchallenge mereka mendapat perhatian ramai sehingga ada netizen yang memuji ianya antara cabaran yang paling menyeronokkan setakat ini.
Mungkin selepas ini kita dapat melihat #donrushchallenge daripada doktor-doktor wanita ataupun jururawat-jururawat pula.
Must-Watch Video