HIBURAN
Niat Nak Kongsi Rezeki Tak Kesampaian, Kak KM Terkilan Duit Raya Dalam Parcel Untuk Pelanggan Dicuri - “Saya Tak Sempat Nak Kira Berapa Kerugian”
Hasrat usahawan Kak KM mahu berkongsi rezeki dengan pelanggan setianya musnah apabila semua parcel yang disertakan dengan duit raya didakwa telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, tujuan dia memberikan duit raya itu kerana mahu berkongsi rezeki bersama pelanggannya yang sentiasa membeli dan menyokong produk jamunya.
“Syukur bila Tuhan berikan saya rezeki yang lebih hasil dari jualan produk jamu saya, jadi saya kongsikan rezeki itu dengan memberikan duit raya menerusi pembelian produk saya,” katanya kepada Gempak.
Kak KM berkata demikian ketika menghadiri majlis rumah terbuka Aiwahhhhh Raya yang berlangusng di Putra Glass Hall, Putra Heights, Selangor pada Ahad lalu.
Namun, kegembiraan itu bertukar menjadi rasa terkilan apabila lebih 2,000 hingga 3,000 parcel yang dihantar tiba dalam keadaan dah dikoyak malah produk serta duit raya juga didapati hilang.
BERITA BERKAITAN: Kongsi Rezeki Dengan Keluarga, Netizen Puji Sikap Pemurah Kak KM - “Dia Tak Kedekut Rezeki Sebab Itu…”
BERITA BERKAITAN: Kak KM Teringat Arwah Bapa, Sambut Raya Sederhana - "Dari Kecil Lagi Kami Memang Rapat"
Disebabkan kejadian itu, Kak KM mengakui dia perlu menanggung kerugian besar apabila terpaksa menggantikan semua parcel yang hilang kandungan kepada pelanggan.
“Bila saya buat siaran langsung dan orang semua beli jadi, kami hantar barang lebih dari 2,000 ke 3,000 parcel untuk pelanggan saya.
“Tapi itulah, semua parcel pelanggan saya banyak dah dikoyak dan orang yang tidak bertanggungjawab itu mengambil duit raya serta produk yang sepatutnya sampai dekat pelanggan saya. Sebabkan perkara itu berlaku membuatkan saya perlu menggantikan balik.
“Saya tidak sempat nak kira balik berapa kerugian yang kami alami sebab kami hanya bayar balik kepada pelanggan sahaja. Apa yang saya boleh katakan tak ada rezeki pelanggan saya untuk terima barang mereka,” jelasnya.
Setelah insiden ini berlaku ke atas dirinya, Kak KM akan membuat peraduan untuk pelanggannya memenangi duit raya yang akan datang sebagai langkah berjaga supaya perkara yang sama tidak diulangi lagi.
“Mungkin lepas ni saya berikan duit raya dengan menggunakan praduan atau lucky draw untuk pelanggan memenangi hadiah dari produk kita,” katanya.
BERITA BERKAITAN: “Anak Kena Layan Macam Kawan, Tapi Tidak Terlampau Bebas, Saya Garang” - Kak KM
BERITA BERKAITAN: Kes Video Berpeluk, Kak KM Mohon Netizen Henti Kecam Saiful Apek - “Saya Anggap Dia Seperti Abang…
Must-Watch Video