Kecoh baru-baru ini apabila satu pasangan pengantin memuat naik video di TikTok mengkritik kemahiran photographer dalam menangkap gambar kahwin mereka.

Susulan penularan tersebut, perkara berkenaan mendapat perhatian photographer itu sendiri, di mana dia menyangkal kritikan yang dibuat sambil menunjukkan beberapa bukti gambar yang ‘menjadi’ sepanjang majlis perkahwinan dijalankan.

“Cakap gambar macam sampah, gambar gelap, tak jadi, apa semua, jom saya tunjuk gambar yang sis tak tunjuk pun dalam TikTok betul-betul.

“Sis hanya cakap gambar yang tak jadi, gambar jadi sis tak tunjuk, kenapa tak tunjuk gambar yang jadi!?,” getus photographer itu.


Hasil yang ditunjukkan membuatkan ramai warganet menyebelahi photographer tersebut serta menyebabkan pasangan pengantin itu teruk dikecam di media sosial.

Antara komen yang diterima:

“Lain kali sebelum kahwin pastikan jangan jadi bodoh,”

“Jenis pengantin menggelupur nak viralkan orang. Orang tak habis edit lagi dia buat teruk, terpaling kena scam,”

“Belanja baru RM650 tapi nak expect output level Hollywood ke? Sendiri guna khemah, sendiri pelik kenapa ada khemah dalam gambar. Laki bini b*ngai.”

BERITA TRENDING: Kawan-Kawan ‘Pedajal’ Pengantin Masa Majlis Kahwin, Ada Netizen Sokong, Ada Pula Yang Tak…

Setakat artikel ini ditulis entri itu mendapat lebih 700,000 tontonan dan 6,000 tanda suka di Platform X.

Sumber: Platform X