Pasangan penyanyi Enrique Iglesias dan pemain tenis Rusia, Anna Kournikova akhirnya menimang cahaya mata kembar yang diberi nama Nicholas dan Lucy.

Bayi kembar lelaki dan perempuan itu dilahirkan pada hari Sabtu lalu di Miami, Florida, Amerika Syarikat.

Hubungan Enrique, 42, dan Anna, 36, jarang diperkatakan media memandangkan kedua-duanya bijak berahsia, begitu juga berita kehamilan Anna.

#miamiwinter #зимушказима #nofilterneeded

A post shared by ? Anna ?Аня (@annakournikova) on



Pasangan ini mula menjalinkan hubungan sejak tahun 2001 dan dilaporkan telah bertunang secara diam-diam.

Namun, pada Jun 2008, Daily Star melaporkan bahawa Enrique dan Anna telah berkahwin dan bercerai setahun kemudiannya.

Secara rasminya, pasangan itu dikhabarkan berpisah pada Oktober 2013 namun kembali bersama apabila terbabit dengan muzik video Escape nyanyian Enrique.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Daily Mail