Penyanyi rap terkenal Hollywood, Nicki Minaj dikhabarkan sudah berpisah dengan kekasihnya, Nas selepas tujuh bulan bercinta.

Hubungan mesra Nicki dan Nas didakwa berantakan sejak beberapa minggu lalu dan disebabkan oleh hubungan jarak jauh yang menjadi faktor mereka jarang menghabiskan masa bersama.

“Percintaan jarak jauh itu menyukarkan mereka kerana Nicki mempunyai jadual yang padat sebagai seorang penghibur.

“Mereka jarang mempunyai masa berkualiti bersama dan jalan terbaik adalah perpisahan,” kata sumber.

Dalam pada itu, Nicki dikhabarkan sedang hamil anak hasil hubungannya bersama Nas dan mengetahui berita tersebut sekitar November tahun lalu.

Nicki bakal mengesahkan berita kehamilan tersebut pada majlis sambutan Anugerah Grammy yang bakal berlangsung pada Februari ini.

Sumber & Foto: TMZ