Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nicol David Beri Kata-Kata Motivasi Buat Dhabitah Sabri - "Bayangkan Kamu Antara 12 Terbaik Dunia, Bangganya Kami Rakyat Malaysia"

Amri Hassan
10/08/2024 12:30 MYT
Jaguh squash dunia, Datuk Nicol David tampil menitipkan kata-kata semangat buat penerjun profesional negara, Dhabitah Sabri yang menamatkan pusingan akhir di Olimpik Paris 2024 semalam.

Tulis Nicol menerusi akaun media sosialnya, beliau menumpang bangga dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Dhabitah hingga ke peringkat ini.

Apatah lagi hanya diberikan masa persiapan selama dua minggu sebelum bertanding.

"Betapa indahnya melihat senyuman itu di wajahmu, Nur Dhabitah Sabri, ketika kamu bertanding sepanjang acara 3 hari. Begitu banyak kegembiraan di sebalik tekanan hebat di Olimpik, dan diberikan peluang wildcard sebulan sebelum datang ke sini adalah bukti kekuatan mental dan fizikal yang kamu miliki untuk menghadapi semuanya.

"Jika ada mana-mana atlet yang diminta untuk bertanding pada saat akhir dengan hanya sebulan untuk bersedia ke Olimpik, ia pasti menjadi satu cabaran besar bagi ramai orang.

"Namun, kamu menghadapi cabaran ini dan menjalani latihan penuh hanya dalam masa 2 minggu, dan kamu masih berjaya ke final dalam pertandingan yang paling sengit!" tulisnya.

A post shared by Nicol David (@nicoldsquash)


BERITA TRENDING: "Dia Sudah Sederet Dengan Juara Dunia" - Jiggy Dedah Dhabitah Video Call Lepas Habis Final, Mengadu Sedih Tak Dapat Hadiahkan Pingat Olimpik Untuk Malaysia

BERITA TRENDING: "Masa Musuh Terbesar Saya" - Dhabitah Sabri Percaya Tuhan Ada Perancangan Terbaik, Rindu Pelukan Suami & Keluarga

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Hadir Sebagai Wild Card, Dhabitah Muncul Penerjun Ke-12 Terbaik Dunia

BERITA TRENDING: Dhabitah Sabri Pernah Cedera Di Kejohanan Akuatik Dunia, Jiggy Titip Pesanan Untuk Isteri - “Jaga Diri, Jangan Pressure & Sentiasa…”


Tambah Nicol lagi, Dhabitah seharusnya berbangga dengan pencapaiannya dan melihat ia daripada sudut yang positif.

"Bayangkan, kamu adalah antara 12 yang terbaik di dunia! Fikirkan bakat dan pengalaman yang kamu miliki untuk mencapai tahap ini di Olimpik dan beraksi dengan begitu hebat, apatah lagi jika diberikan lebih banyak masa untuk bersedia… masa depan adalah milikmu untuk digapai.

"Saya hanya ingin menyatakan betapa bangganya kami sebagai rakyat Malaysia melihat kamu bersinar terang untuk kami dalam beberapa hari terakhir ini.

"Kamu adalah salah seorang yang terbaik di dunia, dan mungkin kamu tidak merasakannya sekarang, tetapi kamu telah membuat Malaysia merasa seolah-olah sukan terjun adalah tempat kita.

"Kamu sangat manis, dan kami mendoakan yang terbaik untukmu kerana kamu layak mendapat yang terbaik," tulis Nicol lagi.
#Sukan #Nicol David #Terjun #Paris #Olimpik #Dhabitah Sabri #Diving #Squash