Laman Utama

Nikahi Tom Senyap-Senyap Di Batam Indonesia? Fuad Rahman Tampil Beri Penjelasan!

gempak
Shahrin Zulkifle
07/03/2023
08:00 MYT
Sponsor Banner
Nikahi Tom Senyap-Senyap Di Batam Indonesia? Fuad Rahman Tampil Beri Penjelasan!

Penyanyi Fuad Rahman tampil memberi penjelasan berhubung tindakanya memilih untuk bernikah di Batam, Indonesia bersama isteri yang juga seorang penyanyi, Tom.

Bukan ingin berahsia, Fuad atau nama lengkapnya Fuad Abdul Rahman, 44, menjelaskan ada beberapa proses pengurusan surat dan ia mengambil masa yang lama perlu diselesaikan memandangkan dia adalah warganegara Singapura.

“Kami bukan cuba untuk berahsia, ini kerana saya orang Singapura dan untuk berkahwin di Malaysia ada beberapa proses surat menyurat yang perlu dilakukan dan mengambil masa.

“Jadi untuk menghalalkan Tom dan jadikan dia isteri yang sah, kami memilih untuk menikah di Batam. Insyallah nanti saya juga akan mendaftar perkahwinan kami di Malaysia,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, bekas peserta Gegar vaganza 9 (GV9) itu turut berkata, perkara utama bagi dia dan isteri adalah kedua-dua pihak mereka sudah maklum dengan pernikahan mereka, malah sudah pun mendapat restu.

“Kalau nak tunggu proses surat menyurat daripada pihak saya memang akan mengambil masa yang agak lama juga.

“Apa pun yang penting adalah kedua-dua keluarga juga sudah merestui, tiada rahsia pun yang kami sembunyikan daripada pihak keluarga.

“Alhamdulillah semua menerima baik, menyokong untuk kami bernikah. Bersyukur segala urusan dipermudahkan,” tambahnya.

Terdahulu, Fuad dan Tom memaklumkan mereka sudah pun sah bergelar suami isteri pada 26 Februari lalu dan memilih untuk bernikah di Batam, Indonesia.

Tom atau nama lengkapnya Raja Farah Afzal Raja Ikram menerima mas kahwin sebentuk cincin daripada Fuad. Bagaimanapun harga mas kahwin tersebut dirahsiakan.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah yang dilantik dengan disaksikan oleh dua orang abang kepada Fuad iaitu Rozlan Abdul Rahman dan Rasli Abdul Rahman serta berwalikan adik lelaki Tom, Raja Ahmad Faris Afiq.

Pada Ahad lalu, pasangan itu diraikan dalam sebuah majlis persandingan yang cukup meriah yang berlangsung di acara Foodstival anjuran Star Vendors di Stadium Pasir Gudang, Johor.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live