Nikita Willy Upah Chef Peribadi Sebab Tak Tahu Masak
Maliah Surip
02/10/2024 05:22 MYT
02/10/2024 05:22 MYT
Pelakon cantik Nikita Willy menyelesaikan masalah tidak tahu memasak dengan mengupah seorang chef peribadi.
Ironi, isteri Indra Priawan itu tidak pernah mendedahkan dia mengupah chef peribadi. Sebaliknya, pendedahan tersebut dilakukan oleh chef yang bekerja untuk Nikita iaitu Chef Arre Prianto.
Arre sebelum ini berkongsi kegiatan memasak pelbagai menu yang disediakan khas untuk pelakon itu sekeluarga setiap hari di TikTok sehingga menjadi tular.
Ramai netizen yang menyifatkan tindakan Nikita mengupah chef peribadi sebagai hebat dan sesuai dengan statusnya sebagai orang kaya.
Apa lagi menu yang dimasakkan oleh Arre buat Nikita dan keluarga dilihat seperti hidangan yang sering dipersembahkan di restoran mewah atau hotel.
“Tak ada yang istimewa (upah chef peribadi),” katanya seperti dilaporkan Kompas.
“Chef itu (Arre) adalah teman saya. Saya tidak tahu memasak. Kadang-kadang masakan Mbak (pembantu rumah) juga tidak sesuai selera saya.
“Saya juga tidak mahu asyik beli makanan di luar. Jadi sebagai teman yang boleh memasak, dia bantu saya,” jelas Nikita.
Menurut Nikita yang sedang hamil anak kedua, Arre saat ini akan menyediakan banyak menu berprotein.
“Pada kehamilan kedua ini saya lebih banyak makan protein,” katanya.
BERITA TRENDING: Kaya & Popular, Nikita Willy Tidak Pandai Menyapu
Tindakan mengupah chef peribadi yang akan memasak menu untuk seisi keluarganya setiap hari itu malah disifatkan Nikita sebagai bukan sesuatu yang luar biasa.Ironi, isteri Indra Priawan itu tidak pernah mendedahkan dia mengupah chef peribadi. Sebaliknya, pendedahan tersebut dilakukan oleh chef yang bekerja untuk Nikita iaitu Chef Arre Prianto.
Arre sebelum ini berkongsi kegiatan memasak pelbagai menu yang disediakan khas untuk pelakon itu sekeluarga setiap hari di TikTok sehingga menjadi tular.
Ramai netizen yang menyifatkan tindakan Nikita mengupah chef peribadi sebagai hebat dan sesuai dengan statusnya sebagai orang kaya.
Apa lagi menu yang dimasakkan oleh Arre buat Nikita dan keluarga dilihat seperti hidangan yang sering dipersembahkan di restoran mewah atau hotel.
“Tak ada yang istimewa (upah chef peribadi),” katanya seperti dilaporkan Kompas.
BERITA TRENDING: Netizen Rasa Satu Level Dengan Nikita Willy Sebab Sabun Mandi Anak
BERITA TRENDING: Nikita Willy Selamat Bersalin Di Hospital Sama Kim Kardashian, Nama Anak Issa Xander
Bintang siri sinetron Putri Yang Ditukar itu kemudian menjelaskan identiti dan mengapa dia mengupah chef peribadi.“Chef itu (Arre) adalah teman saya. Saya tidak tahu memasak. Kadang-kadang masakan Mbak (pembantu rumah) juga tidak sesuai selera saya.