Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“No Wedding, Takde Kahwin” - Tengku Hassanal

Gempak
12/07/2024 03:55 MYT
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memohon orang ramai supaya menghormati keputusan serta privasi peribadi berkaitan perkahwinan baginda kelak.

Mohon privasi

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Tengku Hassanal menerusi sebuah perkongsiannya di Instagram.

“No wedding, takde kahwin. Jangan kacau saya,” itu kenyataan ringkas dimuat naik oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah pada Instagram baginda.

Beberapa jam selepas itu, baginda memuat naik kenyataan ringkas yang mencadangkan orang ramai berbincang mengenai perkara lain.

“Cakaplah mengenai politik Malaysia, bisnes dan bola sepak. ‘Live, laugh, love’ (hidup, ketawa, sayang),” titah baginda.

BERITA TRENDING:Rakaman Video Banglo Kosong 'Retro' Raih Perhatian Tengku Ampuan Pahang - “Untuk Dijual Ke?

BERITA TRENDING:Kongsi Foto Bersama Tengku Puteri Afzan, Tengku Puteri Ilisha, Tengku Puteri Iman: “Goodbye Istana Negara”

BERITA TRENDING:Gelagat Anakanda Agong Curi Perhatian, Jom Kenali Kekanda & Adinda Tengku Hassanah

BERITA TRENDING:Peniaga Durian Tular Tidak Berbaju Akui Kesilapan, Tampil Mohon Maaf - “Ketika Meniaga Kami Pakai..”

Menerusi laporan Kosmo! malam tadi, Tengku Hassanal bertitah, pilihan hidup yang penting seperti itu harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi baginda.

Bagaimanapun titah Tengku Hassanal, ketika ini baginda komited mahu berkhidmat kepada Raja dan negeri.

Sebelum ini, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memohon mendoakan anakanda baginda Tengku Hassanal segera mendirikan rumah tangga.

Baginda bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada 6 Mei lalu.
#Wedding #Tengku #hasannal #no #takde kahwin