,
Laman Utama

“No Wonder Orang Sayang Beliau” - Aina Abdul Dedah Keperibadian Siti Nurhaliza, Rasa Tak Puas Nyanyi Bersama

Izwan Isa
28/03/2022
12:50 MYT
Penyanyi berbakat besar, Aina Abdul mengakui teruja dapat berkongsi pentas dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi konsert final Big Stage 2022 yang berlangsung malam semalam.
Menerusi persembahan berkenaan, Aina menyampaikan lagu Purnama Merindu manakala Siti pula mendendangkan lagu Semalam.
“Saya menyambut (persembahan duet) dengan hati yang terbuka kerana ia bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan untuk saya. Datuk Siti dan Kak Rozi (pengurus Siti) yang cadangkan supaya saya menyanyikan lagu Purnama Merindu.
“Tambahan pula ‘cover’ pertama saya di YouTube ialah lagu Purnama Merindu. Saya terus ‘on’, tak kisah lagu apa beliau nak pilih, saya akan cuba belajar. Apa yang orang ramai lihat malam tadi itu ialah perancangan yang dibuat dalam tempoh singkat.
“Kami ada group Whatsapp dan apa yang kami persembahkan, semua dirancang secara text sahaja. Sebelum malam final, kami ada buat latihan buat pertama kali. Jadi, kalau ada sebarang kekurangan, saya minta maaf,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Aina turut memberitahu yang dia menjadikan Siti sebagai ikon dalam muzik industri selain obses dengan penyanyi tersohor berkenaan.
“Saya sentiasa tunggu peluang untuk berada di atas satu pentas bersama beliau. Banyak kali saya kongsikan ini kepada ‘team’ saya. Bukan sekadar minat, tetapi obses. Malah mak saya pun meminati beliau.
“Untuk saya berduet bersamanya walau hanya dalam tempoh lima minit sahaja, saya bersyukur dan saya gembira. Beliau berikan saya aura positif hari ini. Beliau sambut saya dengan tangan terbuka dan sentiasa senyum. No wonder semua orang sayang beliau,” katanya yang mengakui tidak puas berduet dengan Siti dan melihat durasi duet berkenaan sebagai terlalu pendek.
Kongsi Aina, pada awalnya, perasaan dia agak bercampur baur memikirkan reaksi yang bakal diberikan peminat.
“Jujurnya saya pun ‘struggle’ sebab kalau saya nyanyikan lagu beliau, mesti rasa nak terikut-ikut cara Siti Nurhaliza. Sebenarnya bila dapat peluang ini, saya gembira tetapi tertekan pada masa sama. Sebab saya sedar, peminat akan ada yang ‘critical listening’ dan saya hargainya.
“Cuma rasa takut juga kalaulah apa yang saya bawa di bawah jangkaan mereka. Tapi apa yang saya belajar daripada beliau, beliau menyanyikan lagu saya dengan caranya yang tersendiri dan saya terpanggil untuk turut perlu melakukan sesuatu.
“Saya tidak tahulah bagaimana yang kalian dengar. Cuma dalam tempoh singkat itulah yang apa boleh saya persembahkan,” katanya lagi.
Berkenaan dengan perancangan memberikan lagu kepada Siti, Aina berkata: “Benar, Datuk Siti ada meminta lagu dan saya rasa untuk diisi dalam album baharunya. Ia satu tanggungjawab yang besar dan saya tak boleh buat ala kadar.
“Insya-Allah bulan Ramadan ni kita ada ilham, kerja pun tak banyak and hopefully dapat buat lagu untuk beliau,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lebar Sayap Ke Indonesia, Aina Abdul Tidak Mengalah

gempak
20/11/2024
04:55 MYT
Namun menurut pelantun lagu Terus Hidup itu, peluang untuk mencipta nama dan dikenali oleh peminat luar negara adalah bergantung kepada rezeki.
Hiburan

Luar Biasa! M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Jentik Emosi Peminat Di Konsert Amal MPO: Resonance For A Reason

gempak
19/11/2024
15:52 MYT
Dengan kehadiran lebih 900 penonton, ternyata penganjuran Konsert Amal Orkestra Filharmonik Malaysia, MPO Benefit Concert: Resonance for a Reason berjaya menambat hati peminat.
Hiburan

Siti Nurhaliza Seru Penganjur Fokus Marketing Dan Sponsor - “ Jangan Berangan Nak Buat Konsert...”

gempak
18/11/2024
09:25 MYT
Menurut penyanyi nombor satu negara itu, antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh penganjur adalah untuk mempunyai kumpulan dan startegi pemasaran yang baik.
Hiburan

Aina Abdul Bangga Siti Nurhaliza Digelar Biduanita Negara - “Saya Sangat Gembira Untuk Beliau”

gempak
16/11/2024
12:25 MYT
Penyanyi Aina Abdul meluahkan rasa bangga atas penganugerahan Biduanita Negara ke atas penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

Gadis Kampung Lipis Ke Biduanita Negara, Siti Nurhaliza Tak Sangka Boleh Bertahan - “Sabar Anda Berbaloi”

gempak
16/11/2024
03:55 MYT
Penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini sendiri mungkin tidak percaya bahawa dia boleh bertahan dengan segala dugaan dunia hiburan sehingga menjadi seorang individu yang amat disegani ramai.
Unitar