Topik tersebut menjadi bualan hangat di Twitter selepas poster yang seakan-akan menyerupai kad undangan perkahwinan Nobita dan Shizuka itu menjadi viral dan trending di media sosial.
Poster yang merakamkan Nobita dan Shizuka menggayakan busana perkahwinan dan reaksi Doraemon yang mengalirkan air mata ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-ratanya menyuarakan rasa puas hati dan gembira dengan berita tersebut.
Walaupun hanyalah sekadar watak animasi, namun netizen tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Nobita dan Shizuka dalam bentuk ucapan yang kreatif.
elok la musim kahwin pon sekarang ni, tahniah nobita dan pasangan ?? https://t.co/QHHCL1NJZY
— بنت اسماعيل ? (@nabilahismail01) January 20, 2021
aku mmbesar dgn ko jgk nobita...
— Atiiq Azman (@atiiq_azman) January 20, 2021
msa aku sebaya ko, tngok kartun ko la...
tp ko jgk kahwin dlu...haha.... https://t.co/cbOgI7J8MX
nobita pon dh nak kahwin..kau mereput lahh hahahahaha https://t.co/cEbbwo87pQ
— ReniRash?? (@arima_iner) January 20, 2021
Nobita pun dah kahwin , yang single tu bila lg. pic.twitter.com/huON6Idy8J
— LuqmanHakim (@_LuqLuq_) January 20, 2021
Nobita kahwin dengan shizuka ni diorang pergi kursus kahwin online ke.
— kem (@AkeemSharyzal) January 20, 2021
Wehhhh nobita dah kahwin! Congrats ? ehhh macam real pulak dia kahwin https://t.co/qMNfCMdqy6
— persatuan STAY Malaysia (@WIZARDCHAN97) January 19, 2021
Jangan lupa saksikan filem, Stand by Me Doraemon 2 yang dijangka akan ditayangkan pada Febuari depan.
Stand by Me Doraemon 2 akan menyaksikan impian Nobita untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Shizuka akhirnya tercapai apabila kedua-dua mereka disatukan dalam filem tersebut.
Bagi yang merindui kenangan zaman kanak-kanak, jom layan siri Doraemon di Astro Ceria setiap Isnin hingga Khamis pukul 2 petang. Ah rindunya!