Laman Utama

'Noor Neelofa', Nantikan Tindakan Seterusnya Daripada Neelofa!

gempak
Asyikin Mayudin
24/10/2023
05:55 MYT
Sponsor Banner
'Noor Neelofa', Nantikan Tindakan Seterusnya Daripada Neelofa!
Sudah diberi teguran beberapa kali, selebriti dan usahawan terkenal Neelofa akhirnya terpaksa memberi amaran kepada satu akaun Facebook menggunakan namanya untuk tujuan yang tidak baik.
Memohon orang ramai untuk melaporkan page tersebut, Neelofa juga bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik akaun Facebook itu.
“Assalamualaikum. Pertama kali, maafkan terpaksa berbuat begini. Sudah beberapa kali teguran diberikan supaya menghentikan tindakan tidak bermoral ini. Tapi sayang teguran tidak disambut.
“Tak salah jika mahu membuat ‘fan page’. Saya hargai sokongan semua. Tetapi yang menjadi masalah, apabila ianya disalahgunakan. Jelas bertentangan dan berniat jahat.
“Oleh itu, saya mohon bantuan orang ramai untuk melaporkan page ini. Dan untuk pemilik, nantikan tindakan seterusnya,” tegas Neelofa.
Dalam pada itu, isteri kepada penceramah bebas Haris Ismail atau PU Riz ini juga berharap tiada sesiapa yang tertipu dengan perkongsian di page tersebut.
“Lagi satu. Sengaja saya buat dua post. Biar semua cakna, biar semua tidak tertipu. Pesanan saya, gunakanlah media sosial dengan bijak. Jangan lupa laporkan page ini ya. Terima kasih,” kongsi Neelofa lagi.
Sementara itu, Neelofa turut meluahkan rasa berang dengan perkongsian video di akaun tersebut yang meniru suaranya untuk mempromosikan produk pakaian dalaman.
“Perempuan mana yang tiru suara saya tu. Kalau Melayu Islam lagi, memang spesis yahudi Israel laknatullah. Saya tak halal, makan la duit haram dan berbahagialah tipu orang sana sini,” tulisnya.
BACA SINI: Ini Sebab Neelofa Mahu Akses CCTV Sekolah Bilal - “Sejak Kebelakangan Ini Saya Trauma Melihat…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024