Aktres jelita Nora Danish mengakui kadang-kala akur dengan teguran wargamaya mengenai perihal cara berpakaiannya yang dianggap terlalu seksi.
Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Haniff, 40, ekoran selalu ditegur mengenai pemakaian, membuatkan dia lebih berhati-hati untuk berkongsi sebarang kandungan di laman sosial.
“Sebenarnya apa sahaja teguran daripada netizen ni kadang membuatkan saya berfikir dua tiga kali juga bila nak berpakaian.
Saya seorang yang biasa sahaja, tak seksi pun.
“Bila orang kata saya berpakaian seksi tu, saya macam okay.. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati untuk berkongsi di media sosial. Teguran netizen tu ada baiknya,” ujarnya kepada Gempak.
Tidak mahu mencari fasal dengan wargamaya, Nora sering mengingatkan teguran yang diterima sebagai doa.
“Sebenarnya saya tak suka berlawan-lawan dengan netizen sebab mereka pun ada hak tersendiri nak cakap apa pun. Saya seorang selebriti, bidang saya ni pun sangat berkait rapat dengan masyarakat di luar sana. Apa yang netizen cakap, saya anggap sebagai doa.”
Nora ditemui pada majlis sidang media filem terbaharu lakonannya berjudul 7 Minggu Sebelum Kahwin terbitan KRU yang akan disiarkan di Astro First pada 7 Julai nanti.
Isteri kepada anak bekas Menteri, Nedim Nazri Aziz ini turut bersyukur dikurniakan suami yang tidak ambil kisah dengan apa kata-kata wargamaya terhadapnya.
“Saya kalau boleh tak nak seksi juga tapi kadang bila saya pakai baju, rasa macam tak seksi tapi orang yang kata seksi.
“Nasib baik suami saya sangat menyokong, dia pun berkahwin dengan selebriti jadi dia patut faham. Dia okay sahaja, banyak benda besar lain yang dia patut fikir dia kata.
“Saya pernah kata ini adalah dugaan saya, kita jangan pandang negatif. Kita kena saling menyokong dan positif sahaja,” jelasnya lagi.
Terdahulu, fesyen Nora sering menerima kecaman wargamaya kerana dikatakan terlalu menjolok mata.
Azwa Rahman
Thu Jun 30 2022

_3.png?ext=.png)
Sarat Dengan Aksi & Lebih Mendebarkan, Ini 10 Sebab Anda Perlu Menonton House of The Dragon
Jom saksikan House of Dragon

Mangsa Dakwa Lakukan S*ks Dengan R. Kelly Ratusan Kali Seawal Usia 15 Tahun
Penyanyi R. Kelly kini menjalani kes mahkamah buat kali kedua atas tuduhan melakukan pornografi kanak kanak dan beberapa kes lain berkaitan seksual.

Isteri Selamat Dibedah, Ramai Doakan Achey – “Semoga Dipermudahkan Semuanya”
Semoga dipermudahkan semuanya.

Sooka Original Series Ini Buat Rindu Zaman Sekolah, Ini Perangai Karakter Drama Kau Vs Aku
Drama Original siri sooka berjudul Kau Vs Aku merupakan adaptasi webnovel Wattpad karya Nurul Husnina Mockthar.

“Berhijab Tak Semestinya Tak Boleh Berfesyen” - Cantiknya Penampilan Ummi Nazeera & Abang Di KLFW!
Adik-beradik fesyen!

Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Rugi Lima Tiket Bernilai RM2,540 - “Memang Allah Tak Izin..”
Takde rezeki.

'Alat Muzik Lama' Didakwa Punca 25 Pelajar Sekolah Diserang Histeria
Semoga dipermudahkan.

Duit & Kerja Tak Ada, Amber Heard Ditawar Berlakon Filem Porno?
Nama Amber Heard dan Johnny Depp memang mendominasi ‘carta’ pemberitaan dari serata dunia sepanjang tahun ini.

Gara Gara Suntik Silikon Di Salon, Pelawak Ini Dipanggil Nenek Sihir
Pelakon dan pelawak veteran Indonesia, Mpok Atiek memang tidak pernah menyembunyikan fakta dirinya melakukan suntikan silikon pada wajah untuk kelihatan cantik.

Tiket Konsert Simfoni Mustika M Nasir 'Sold Out' Dalam 40 Minit!
Tiket konsert Simfoni Mustika M Nasir dan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang dijadualkan pada 26 November nanti habis dijual dalam masa 40 minit sebaik dibuka pada pukul 10 pagi Jumaat.