Pelakon senior Noralbaniah mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sekeping gambar memaparkan dirinya dalam keadaan botak.

Menurut Noralbaniah, foto yang dirakam lebih dua dekad itu merupakan gambar yang diambil sewaktu dia berada dalam proses baik pulih selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

"Muka sama dah #balingbalik 1996. Baru belajar nak angkat tangan...berjaya tu, baru sebelah. Sebelah lagi belum tahu lagi.

"Praktis hari-hari untuk terus keyakinan untuk hidup normal. Abaikan kepada botak tu, nak buat macam mana, dah doktor bedah kepala. Agaknya masa tu itu yang terbaik, Alhamdulillah, terima kasih Allah," coretnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Muka sama dah...#balingbalik 1996".. baru belajar nak angkat tangan...berjaya tu....baru sebelah. Sebelah lagi belum tau lagi...practise hari2 untuk terus keyakinan untuk hidup normal...abaikan kepala botak tu..nak buat mcm mana..dah doktor bedah kepala...agaknya masa tu itu yg terbaik...Alhamdulillah...tq Allah....

A post shared by NORALBANIAH (@noralbaniah) on


Lebih menyentuh hati, kata Noralbaniah insiden kemalangan jalan raya itu turut mengorbankan suami tercintanya.

"Ini masa akak kemalangan tahun 1996. Suami kak meninggal dunia," katanya ketika menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen.

Perkongsiannya itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan netizen yang mana rata-rata menyifatkan pelakon filem Hantu Wangan itu seorang wanita cekal.

Noralbaniah mendirikan rumah tangga dengan pelumba kereta, Sudarman Daud.

Bagaimanapun, suaminya maut selepas mereka berdua terlibat dalam nahas jalan raya pada 1996 yang mana ketika itu Noralbaniah mengalami kecederaan parah di kepala.

Sejak kematian suami, Noralbaniah tidak pernah berkahwin lain dah membesarkan anak tunggal mereka, Syarra yang kini berusia 24 tahun.

Apapun, jangan lupa saksikan drama lakonan Noralbaniah di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.