,
Laman Utama

Notis RM1 Juta Dibatalkan, Nana Hantar Writ Saman RM2.5 Juta Pula Kepada 5 Sekawan

Syafiqah Jalal
03/08/2021
23:52 MYT
Kemelut perseteruan penyanyi Siti Nordiana dengan lima sahabatnya iaitu Lan Solo, Syura, isteri Lan, Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Aida G nampaknya masuk ke babak baharu.
Lebih panas, peguam lima sekawan ini, Alan Razak mengesahkan menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada Nana pada Isnin yang dihantar wakil peguamnya, Abang Azlan Abang Arifin.
Menerusi tuntutan saman tersebut, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates berkata, Siti Nordiana atau lebih mesra dengan Nana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.
“RM2.5 juta adalah jumlah tuntutan dari dari kesemua defendan. Sementara RM1 juta sepertimana dalam notis tuntutan sebelum ini tidak lagi terpakai,” katanya kepada Astro Gempak.
Alan memberitahu perkara tersebut ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp.
Tidak cukup dengan itu, Alan turut memberitahu Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi pernyataan tuntutan tersebut.
"Selepas ini akan ada sesi pengurusan kes yang mana akan dijalankan secara virtual melibatkan saya dan peguam Siti Nordiana dengan pihak Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini.
"Menerusi sesi e-review itu mahkamah akan minta status kes daripada peguam plaintif sebelum perbicaraan penuh ditetapkan.
"Melalui sesi itu juga, mahkamah akan minta peguam-peguam untuk explore kebarangkalian untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh," katanya.
Sebelum ini, Siti Nordiana yang diwakili peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin menuntut lima sekawan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya.
Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan.
Untuk rekod, kontrovesi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.
Menerusi sesi tersebut, Sheila dan Lan mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya, Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan.
Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan pengurusnya, Anas sehingga menyebabkan ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Nak Jadi Anak Seni Jiwa Kena Kental” - Siti Nordiana Syukur Tak Pernah Dibuli, Artis Lama Lebih Suka Kongsi Ilmu

gempak
18/11/2024
23:55 MYT
Penyanyi dan aktres, Siti Nordiana berpendapat setiap individu yang berkeinginan untuk memasuki dunia seni, mereka seharusnya memiliki jiwa yang kental.
Terkini

Bekas Adik Ipar Saman Iqbal Zulkefli Lebih RM5 Juta? - “Saya Sudah Penat Dengan Permainan Bodoh…”

gempak
16/11/2024
07:55 MYT
Ayunie atau nama sebenar Anes Ayunie Osman, 22, berkata, tindakan itu dibuat selepas Iqbal didakwa membuat tohmahan dan memfitnah sehingga mencemarkan maruah dirinya termasuk mengalami kerugiaan dalam perniagaan.
Hiburan

Dituduh Guna Hasil Wang Haram, Shuib Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang - “Saya Memang Suka Saman-Menyaman”

gempak
16/11/2024
05:55 MYT
Pelakon dan pelawak terkenal, Shuib mendedahkan dirinya telah difitnah oleh seorang individu di laman media sosial, TikTok baru-baru ini.
Hiburan

“Kena Pantang, Dah Setahun Tak Minum Kopi” - Siti Nordiana Jaga Suara, Takut Masalah Lama Berulang

gempak
14/11/2024
00:55 MYT
Penyanyi, Siti Nordiana sanggup menolak air minuman kegemarannya iaitu kopi sejak setahun lalu demi menjaga pita suaranya.
Hiburan

Tomok & Siti Nordiana Berkongsi Pentas, Janji Akan Imbau Kenangan Bersama Peminat - "Ini Kali Pertama Kami Berkolobarasi Demi..."

gempak
03/11/2024
21:55 MYT
Penyanyi, Tomok dan Siti Nordiana bakal bergabung pentas buat pertama kali menerusi konsert Memori Mungkin Berulang.
Unitar