Skip to main content

Hiburan

Johan Tak Pernah Suruh Ozlynn Wati Masak & Buat Kerja Rumah - “Kalau Aku Sibuk Kerja, Dia Akan…”

Ozlynn Wati

Sekilas

  • Ozlynn Wati berkongsi bahawa suaminya Johan tidak pernah meminta dia memasak, tetapi dia suka melihat suaminya menikmati masakannya.
  • Dia juga menghargai suaminya yang turut membantu kerja rumah seperti kemas katil, basuh tandas, dan memasak bersama anak-anak.
  • Ozlynn menegaskan suami yang mengutamakan Allah tidak akan menganiaya isteri dan mengajak semua pasangan untuk saling memahami dan mendoakan yang terbaik.
Advertisement

Pelakon Ozlynn Wati mendedahkan Johan tidak pernah memintanya untuk masak namun dirinya sendiri yang gemar melihat suaminya itu menikmati juadah yang dimasaknya. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Ozlynn juga berkata dia sendiri yang juga mahu melakukan kerja rumah dan bersyukur suaminya turut main peranan dengan turut membantu bersama-sama. 

 

“Suami tak pernah suruh masak tapi aku enjoy tengok dia menikmati juadah aku masak. Dia tak suruh aku kemas rumah tapi aku nak dia balik tempat dia wangi, balik tak serabut. 

 

“Aku kerja, aku pun ada waktu penat otak, penat badan tapi Alhamdulillah sebab suami juga mainkan peranan. Kalau aku sibuk kerja, dia tolong kemas katil, basuh tandas, masak sama-sama dengan anak-anak, vacum dan mop sama-sama,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Ozlynn juga berpendapat seorang suami yang mengutamakan Allah tidak akan menganiaya isteri selain turut mendoakan yang terbaik untuk semua pasangan. 

 

“Suami yang utamakan Allah tidak akan menganiaya isteri… suami isteri perlu faham keadaan sama-sama.

 

“Kita doakan yang terbaik untuk semua pasangan ok,” kata Ozlynn lagi. 

 

Ozlynn berkongsi perkara itu selepas seorang individu di Threads memuat naik video penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus yang mengatakan wanita tidak diwajibkan untuk membuat kerja rumah melainkan disuruh oleh suaminya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

OHSOLAH X2 Dashboard Interior Cleaner (500ml)

OHSOLAH X2 Dashboard Interior Cleaner (500ml)

The Pink Stuff The Ultimate Cleaning Bundle for Kitchen 3-in-1

The Pink Stuff The Ultimate Cleaning Bundle for Kitchen 3-in-1

LAOGUANJIA Pipe Cleaner for Sink Basin Drain Pipe at Toilet Kitchen Penghapus Sumbat Tersumbat管道疏通剂

LAOGUANJIA Pipe Cleaner for Sink Basin Drain Pipe at Toilet Kitchen Penghapus Sumbat Tersumbat管道疏通剂

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

plastik aiskrim malaysia 1kg

plastik aiskrim malaysia 1kg

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

Must Watch Video

Advertisement