Skip to main content

Hiburan

Mawi Ajak ‘Join’ Konsert, Felix Perlu Masa - “Sorry, Aku Bukan Tak Nak Join Tapi…”

Felix

Sekilas

  • Mawi, juara Akademi Fantasia 3, mengajak rakan AF3, Felix, untuk sama-sama membuat persembahan dalam konsertnya pada November ini.
  • Felix masih belum dapat memberi jawapan kerana perlu meneliti komitmen kerja dan risau tentang stamina selepas lama tidak buat konsert.
  • Mawi meminta peminat untuk memujuk Felix supaya menerima pelawaan tersebut dan mengumumkan konsertnya akan berlangsung pada 8 November depan.
Advertisement

Penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia 3 (AF3), menyorot perhatian apabila berkongsi perbualan WhatsAppnya yang mempelawa rakan alumni AF3, Felix untuk turut serta melakukan persembahan di konsert yang bakal dianjurkannya pada November depan.

Menerusi perkongsian di Threads, Mawi atau Asmawi Ani dilihat memuat naik tangkap layar perbualan tersebut bertanyakan kesediaan Felix untuk menyertainya di konsert berkenaan.

Advertisement

“Felix, jom lah buat konsert sama-sama. Kau tak rindu ke nak perform,” tanya Mawi.

Walau bagaimanapun, Felix yang juga naib juara AF3 memaklumkan dia masih belum dapat memberikan sebarang jawapan memandangkan perlu meneliti terlebih dahulu komitmen yang ada sebelum membuat keputusan untuk menyertai konsert berkenaan.

““Wiii (Mawi), ala maaf wi. Aku ni bukan tak mahu join tapi aku macam tak ada masa, sibuk dengankerja.

“Lagipun aku dah lama tak join konsert ni… takut menggigil badan,” jawab Felix.

Menerusi perkongsian yang sama, Mawi sempat meminta peminat dan pengikutnya untuk ‘memujuk’ Felix supaya menerim pelawaannya itu.

“Si Felix tengah fikir pula, geram ya tengok
dia ni?

“Korang kasi seru dia lagi guys sampai dia kata onz! Tolong saya ok,” luah Mawi.

Terdahulu, Mawi berkongsi berita gembira apabila memaklumkan bahawa dia bakal mengubat rindu peminat menerusi sebuah konsert yang dijadualkan bakal berlangsung pada 8 November depan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement