Laman Utama
Nur Latifah Cherdiq Hanania… Uniknya Nama Bayi Perempuan Johan & Ozlynn Wati - “Akhirnya Suami Kata Cukup Setakat Ini”
Pasangan selebriti Johan dan Ozlynn Wati mengumumkan nama anak keenam mereka sebagai Nur Latifah Cherdiq Hanania yang kini berusia 21 hari.
Menerusi laman sosial Instagram, Ozlynn memuat naik foto jari-jemari Cherdiq untuk tatapan umum.
Malah, Ozlynn turut memanjatkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan zuriat keenam yang diperolehinya.
“Alhamdulillah genap 21 hari, lahirnya Nur Latifah Cherdiq Hanania. Di hari Jumaat yang indah 3 September. Nama yang telah disimpan 7 tahun lalu, akhirnya dapat juga kepada pemilik sebenar.
“Syukur kepada Allah kami diberi peluang merasa nikmat ini sekali lagi, bermata panda di malam hari. Berebut sape nak mengendong baby, 3 putera 3 puteri. Akhirnya suami kata cukup setakat ini.
“Kepada kesayangan kami yang masih belum punya rezeki, jangan putus asa. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Kadang tanpa kita sedar ada nikmat lain yang Allah bagi,” ujar Ozlynn di ruangan kapsyen.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian kepada nama bayi perempuan pasangan itu yang dikatakan cukup unik.
Malah, ramai yang turut menitipkan doa agar Cherdiq membesar sebagai seorang anak yang solehah.
“Mesti cherdiq ni, muah sikit,” komen seorang wargamaya.
“Alhamdulillah, semoga jadi cerdik dan cantik seperti nama yang diberikan,” ucap seorang wargamaya.
“Assalamualaikum Nur Latifah Cherdiq, semoga membesar menjadi anak yang solehah. Semoga aunty juga dikurniakan zuriat,” tulis seorang wargamaya.
“Cherdiq, indah sangat namanya,” puji seorang wargamaya.
Terdahulu, ramai wargamaya bertek-teki tentang kehamilan Ozlynn apabila stesen radio Era FM mengucapkan tahniah di atas kelahiran anak terbaru pasangan itu.
Must-Watch Video