HIBURAN

Nur Nilam Tidak Berpurdah, Mata Pun Lain - “Itu Bukan Saya, Atas Hati Dan Pemikiran Masing-Masing”

Mya Amri 10/07/2025 | 21:55 MYT
Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, iaitu Nur Nilam Ortiz, tampil bersuara mengenai kekeliruan yang timbul di media sosial apabila ada pihak yang mengaitkan dirinya sebagai wanita berpurdah dalam satu rakaman tular sebelum ini.

Nafi berpurdah

Menurut Nilam, dia sendiri terkejut sebaik sahaja mengetahui wajahnya dikaitkan tanpa asas dan bukti yang kukuh.

Malah kata Nilam, mereka yang mengenali dirinya dengan lebih dekat pasti tahu bahawa wanita dalam rakaman tersebut bukanlah dirinya.

“Nampak tak mata saya? Saya pun tak tahu macam mana timbulnya isu mengatakan wanita berpurdah itu adalah saya.

“Sebenarnya kalau daripada kawan yang dekat dekat, mereka tahu itu bukan saya. Tetapi tak tahu di mana silapnya semua orang mengatakan itu adalah saya,” ujarnya.


Terserah penilaian masing-masing


Bagaimanapun kata Nilam, dia memilih untuk tidak melayan spekulasi tidak berasas dan menyerahkan kepada penilaian masing-masing.

“Saya pun dah tak boleh nak cakap apa, itu atas hati dan pemikiran. Kalau anda rasa itu adalah saya maka sayalah. Kalau kata bukan saya pun, bukanlah.

“Sebab apa yang saya lalui dalam hidup, hanya saya sahaja yang tahu.

“Saya berbalik kepada apa yang orang cakap, saya tidak bertanggungjawab dengan apa yang mereka cakap.

“Mereka sendiri yang harus bertanggungjawab dan dan apa yang saya perkatakan, saya bertanggungjawab,” jelasnya.

BERITA TRENDING:Terkesan Nama & Wajah Digunakan Tanpa Izin, Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang - “Isu Ini Beri Kesan Pada Mental…”

BERITA TRENDING:Ada Sebab Isteri Azlan Komeng Pakai Tudung Nampak Leher - “Maaf Ya Orang Suci, Saya Terpaksa Sebab…”

BERITA TRENDING:"Nampak Tak Hidung Akak? Dah Senget Tau!" - Nur Nilam Ortiz Kongsi 'Seksa' Buang Silikon, Putus Urat Dagu

BERITA TRENDING:“Aku Dah Cakap Jangan Usik Isteri Aku!” – Azlan Komeng

BERITA TRENDING:Wanita Berpurdah Bukan Nur Nilam Ortiz, Berang Dituduh Sengaja Cipta Konten Untuk ‘Marketing’ - “Saya Andaikan Mereka Mungkin Dah…”


Sebelum ini, satu hantaran di TikTok yang dimuat naik oleh seorang wanita bernama Maizila mencuri perhatian warganet apabila dia berkongsi gambar bersama pelakon Azlan Komeng.

Namun menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyangka wanita berniqab itu sebenarnya adalah Nilam sendiri dan menyifatkan ia sekadar gimik pemasaran semata-mata.

#Tular #Purdah #Nur Nilam Ortiz