gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Tun Mahathir Genap 100 Tahun, Marina Imbas Detik Getir Dua Pembedahan Jantung: ‘Selamat hari lahir, Daddy!’
HOLLYWOOD
Johnny Depp Cerita Didera Ibu: “Dia Baling Kasut Tinggi, Telefon...”
BERITA
Ulang Tahun Ke-100: Tun Mahathir Ingin Lihat Malaysia Kembali Jadi 'Asian Tiger'
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Terkesan Nama & Wajah Digunakan Tanpa Izin, Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang - “Isu Ini Beri Kesan Pada Mental…”

Mya Amri
Mya Amri
10/07/2025
11:14 MYT
Sponsor Banner
Terkesan Nama & Wajah Digunakan Tanpa Izin, Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang - “Isu Ini Beri Kesan Pada Mental…”
Susulan isu penggunaan nama tanpa kebenaran bagi tujuan mempromosi produk, pelakon, Azlan Komeng dan isteri, Nur Nilam Ortiz menerusi peguam daripada Tetuan Kyara & Co akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas rakan perniagaan mereka.
Nur Nilam mendakwa bekas rakan perniagaan masih menggunakan namanya untuk tujuan promosi produk, biarpun sudah tidak mempunyai sebarang kaitan.
“Sebelum ini, syarikat Nilam HQ, adalah hak saya 100 peratus. Selepas saya bergabung dengan pihak berkenaan, saya mengizinkan mereka menggunakan nama syarikat.
“Selepas saya menarik diri, saya membawa bersama jenama itu dan mereka tidak boleh menggunakannya lagi.
“Tetapi, selepas itu, pihak berkenaan mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan menggunakan nama Nilam HQ Resources pula.
“Syarikat itu pada asal saya tubuhkan kira-kira lima atau enam tahun lalu, kemudian mengambil keputusan berundur pada bulan puasa lalu. Sekarang perniagaan saya diteruskan pula di bawah syarikat Nilam Empire,” dakwanya.
Nur Nilam berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran produk baharu di bawah syarikat Nilam Empire di Hotel Royale Chulan Damansara pada Khamis.
Menjelaskan lebih lanjut, Nur Nilam berkata selain kerugian wang ringgit, pihaknya juga berhadapan dengan tanggapan buruk daripada pengguna produknya, selain sukar untuk bangkit bersama syarikat baharu.
“Banyak kesan kepada kami terutama kepercayaan orang kepada saya. Sebab itu akhirnya saya bawa perkara ini ke depan selepas mengambi masa antara dua hingga tiga bulan untuk berdiam.
“Isu ini juga memberi kesan kepada mental. Jadi, saya mencari jalan penyelesaian. Selepas berbincang dengan peguam, saya fikir perlu dedahkan apa yang berlaku,” ujarnya.
Dalam pada itu, Azlan turut mendakwa, selain menjejaskan reputasi, individu yang dikatakan bekas rakan perniagaan itu bertindak melampaui batas dengan mengganggu ahli keluarganya.
“Tindakan ini bukan sahaja tidak beretika, malah mencerminkan satu cubaan tekanan dan intimidasi terhadap keluarga kami.
“Lebih mengejutkan, individu terbabit turut menyebarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat.
“Tindakan ini jelas berniat untuk merosakkan reputasi dan menjejaskan nama baik kami secara terbuka,” dakwanya.
Sementara itu, peguam mewakili pasangan suami isteri itu, Farhayu Aziana Mazlan, berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti beberapa individu yang terbabit dalam isu berkenaan sebelum menghantar surat tuntutan (LOD).
“Untuk tindakan undang-undang ini, apa yang kami ambil pada peringkat awal adalah mengenal pasti individu terbabit yang perlu dihantar hantar LOD.
“Sekarang ini sedang dalam proses, ada yang kita sudah hantar. Malah, ada juga yang bakal dihantar. Setakat ini kami belum memulakan tindakan mahkamah.
“Kami masih menunggu jawapan dalam tempoh 14 hari untuk pihak terbabit memberi jawapan LOD itu,” jelasnya.
Seorang lagi peguam mewakili mereka, Isznie Anis Ismail, berkata antara tuntutan dibuat adalah untuk mengeluarkan sebarang hantaran membabitkan anak guamnya.
“Setakat kita hantar LOD sebagai tuntutan untuk pihak berkenaan mengeluarkan sebarang hantaran membabitkan anak guam kami.
“Selain itu, LOD turut menuntut pihak berkenaan berhenti menunggang atau menggunakan nama Nilam selepas berakhir usahasama bersama syarikat lama,” katanya.
Terdahulu, sidang media dibuat Azlan dan Nur Nilam bersama peguam bertujuan menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam kalangn pengguna berhubung perbezaan antara produk lama di bawah syarikat Nilam HQ dengan produk baharu yang ketika ini diusahakan dengan Empire Nilam.
Topic Berkaitan
#Azlan Komeng
#Nur Nilam
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement