HIBURAN
Ada Sebab Isteri Azlan Komeng Pakai Tudung Nampak Leher - “Maaf Ya Orang Suci, Saya Terpaksa Sebab…”
Penampilan isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz yang memakai tudung tapi nampak leher mengundang pelbagai reaksi netizen yang kurang senang dengan imej itu.
Keadaan dagu
Nilam menerusi akaun TikTok miliknya bagaimanapun tampil menjelaskan mengenai penampilannya itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Dilihat Semakin Bahagia, Nur Nilam Sifatkan Azlan Komeng Suami Yang Baik - “Dari Hanya 1 Kesilapan, Dia Masih…”
ARTIKEL BERKAITAN: "Nampak Tak Hidung Akak? Dah Senget Tau!" - Nur Nilam Ortiz Kongsi 'Seksa' Buang Silikon, Putus Urat Dagu
ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Jadi Muslimah Lebih Baik, Isteri Azlan Komeng Buang Silikon & Tatu - “Bengkak Muka Macam Ikan Kembung Tapi Saya…”
Menurut Nilam, dia terpaksa memakai tudung dengan cara begitu disebabkan keadaan dagunya belum lagi sembuh sepenuhnya.
“Maaf ya orang suci saya terpaksa pakai tudung macam ni untuk masa sekarang sebab dagu saya masih belum pulih sepenuhnya lagi.
“Tak boleh kene pin atau bergesel dengan kain lagi tapi saya nak juga pakai tudung,” kongsi Nilam.
Imej tudung
Pada perkongsian yang sama, Nilam juga berharap netizen berhenti menyamakan imej tudungnya seperti firaun.
“Janganlah cakap sampai saya ni pakai tudung firaun, kafir dan sebagainya… alahai penat la saya macam ni,” katanya lagi.
Sebelum ini, Nilam mendedahkan dia mengambil keputusan untuk membuang silikon di bahagian hidung dan dagunya.
@puan_nilamortiz Maaf ye orang suci saya terpaksa pakai tudung macam ni untuk masa sekarang sebab dagu saya masih belum pulih sepenuhnya lagi,tak boleh kene pin atau bergesel dengan kain lagi tapi saya nak juga pakai tudung tapi janganlah cakap sampai saya ni pakai tudung firaun, kafir dan sebagainya alahai penat la saya macam ni 🤣🤣🤣♬ original sound - puan nilam ortiz
Must-Watch Video