Hiburan

Nur Shahida Imbau Kenangan Jadi Model, Siapa Masih Ingat Iklan Syampu Epik Ini?

gempak
Azwa Rahman
20/05/2020
05:36 MYT
Sponsor Banner
Nur Shahida Imbau Kenangan Jadi Model, Siapa Masih Ingat Iklan Syampu Epik Ini?
Isteri kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid megimbau kenangan sewaktu pertama kali menjadi model iklan.
Menerusi laman sosial Instagram, Shahida berkongsi dia tidak menyangka panggilan daripada agensi pengiklanan menjadi pencetus kepada iklan pertamanya sewaktu berusia 20 tahun.
masa ni umur 20 tahun........ ada sesiapa x ingat ni iklan apa??? . Saya ni dapat berlakon iklan ni mcm tiba2 je...ibarat nya mcm x ada angin x ada ribut........dapat telefon dari Agensi iklan suruh dtg casting....saya seumur hidup x pernah pergi casting...mula2 ingat tipu...tapi bila asyik call byk kali suruh dtg saya pergilah...saya pergi senyap2 dgn mak saya...ayah saya x bagi pergi sebab takut kena tipu...logik juga tiba2 nak kena casting utk iklam TV kan.......??? . Tapi jujurnya susah tau shooting iklan ni.......saya ni pemalu dan x byk cakap dulu.....smapai x tidur malam saya dibuatnya....lepas tu bila kena panggil casting lagi saya x pergi dah...mcm bukan jiwa saya je.....sekarang ni shooting2 ni mcm dah sebati pula dgn saya sejak2 berniaga......jadi model utk produk sendiri je la..
A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
“Masa ni umur 20 tahun. Ada sesiapa ingat tak ni iklan apa?
“Saya dapat berlakon iklan ni macam tiba-tiba je. Ibaratnya macam tak ada angin, tak ada ribut, dapat panggilan daripada agensi iklan suruh datang casting.
“Saya seumur hidup tak pernah pergi casting, mula-mula ingat tipu. Tapi bila asyik telefon banyak kali suruh saya datang, saya pergi.
“Saya kena senyap-senyap pergi dengan mak sebab ayah tak bagi pergi takut kena tipu,” tulis Shahida sebagai kapsyen foto iklan.
Menerusi iklan yang disiarkan pada tahun 2006 itu, Shahida memegang watak sebagai pelajar kolej yang meraih keyakinan untuk rapat dengan seorang pelajar lelaki setelah menggunakan syampu yang khusus untuk wanita bertudung.
Tambah Shahida lagi, dia mengakui agak sukar untuk berlakon iklan kerana sifatnya yang pemalu dan tak banyak cakap.
“Saya ni pemalu dan tak banyak cakap, sampai tak tidur malam dibuatnya. Lepas tu bila kena panggil casting lagi saya tak nak pergi dah. Macam bukan jiwa saya.
“Tapi sekarang shooting ni macam dah sebati pulak sejak saya berniaga, jadi model produk sendiri je,” ujar Shahida lagi.
Selain penggunaan model yang cantik dan kacak, antara daya penarik iklan ini juga adalah penggunaan lagu kumpulan popular tahun 90-an, Ingido yang berjudul Istimewa, cukup menggamit kenangan sehingga ke hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024