Laman Utama

Nurul Shuhada Update Buang Benang Jahitan Pada Wajah Yang Ditumbuk, Netizen; “Shu Akan Glow Up!”

gempak
Shahrin Zulkifle
09/03/2023
00:00 MYT
Sponsor Banner
Nurul Shuhada Update Buang Benang Jahitan Pada Wajah Yang Ditumbuk, Netizen; “Shu Akan Glow Up!”

Bekas isteri kepada pelakon berkontroversi Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berkongsi perkembangan terkini mengenai kesan luka yang dialaminya akibat cedera ditumbuk sebanyak tiga kali baru-baru ini.

Menerusi satu muat naik terbaharu di laman Instagram, Shuhada atau mesra di sapa Shu bersyukur apabila benang jahitan pada luka tersebut sudah boleh dibuka.

Malah, dia turut berterima kasih kepada seorang doktor di sebuah hospital yang membantunya membuka jahitan berkenaan selain meminta orang ramai agar terus mendoakannya.

“Terima kasih Doktor Khong, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Doktor baik sangat. Alhamdulillah dah boleh buang benang, doakan Shu ya semua,” tulisnya pada kapsyen.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen menumpang gembira apabila jahitan tersebut sudah dibuka selain ada yang meninggalkan komen positif buat ibu kepada dua cahaya mata itu.

Dalam pada itu, ada juga wargamaya yang berseloroh dengan mengatakan Shuhada akan lebih cantik kelak.

“Shu akan glow up!,” ujar seorang netizen.

“Selalunya perempuan akan makin cantik bila tidak lagi dalam toxic relationship. Self love is real,” komen seorang warganet.

“Makin cantik Shu. Bagus, teruskan kuat untuk anak-anak, kami netizen support Shu luar dan dalam,” tulis seorang wargamaya.

Terdahulu, ahli keluarga terdekat mendedahkan Shuhada telah ditumbuk sebanyak tiga kali dibahagian pipi oleh Hafidz selepas berlaku pertengkaran dalam kejadian di sebuah Kawasan Rawat dan Rehat (R&R).

Malah, dilaporkan Shuhada telah menerima 10 jahitan susulan kecederaan pada bahagian yang ditumbuk itu.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024