gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Maaf Saya Tak Dapat Nyanyi Dengan Baik" - Renjana Bikin Shiha Zikir Sebak, Umum Nak Hadiahkan RM10,000 Kepada ...
BERITA
Pondan Didenda RM4,900 Dorong Perbuatan Maksiat Melalui WeChat
BERITA
PM Anwar Isytihar Cuti Tambahan 15 Sept Sempena Hari Malaysia
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HOLLYWOOD

Oasis Sindir ‘Kiss Cam’ Coldplay: “Jangan Risau Kami Tiada Kamera”

Maliah Surip
Maliah Surip
23/07/2025
00:00 MYT
Sponsor Banner
Oasis Sindir ‘Kiss Cam’ Coldplay: “Jangan Risau Kami Tiada Kamera”
Grup Oasis sedang hangat dengan siri jelajah Live’ 25 mereka dan terkini mereka membuat konsert di Manchester.
Pada saat konsert berlangsung, Liam Gallagher secara spontan bertanya kepada peminat yang hadir.
Dia malah memberi jaminan tidak akan ‘menangkap’ pasangan menerusi segmen kamera seperti yang terdapat dalam konsert Coldplay sehingga membuat seorang CEO dan pekerjanya ‘tertangkap basah’ kerana menjalin hubungan sulit.
“Adakah kita memiliki pasangan yang sedang hangat bercinta di sini? Jangan bimbang kerana kita tidak mempunyai kamera seperti Coldplay di sini,” kata Gallagher seperti dilaporkan Rolling Stone.
Minggu lalu dunia internet dihebohkan dengan pasangan yang hangat berpelukan cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi selepas aksi mereka dirakamkan oleh Kiss Cam di konsert Coldplay yang secara tidak sengaja telah membongkar kecurangan yang berlaku,
Vokalisnya, Chris Martin sempat berkata: “Sama ada mereka terlalu malu atau menjalin hubungan sulit.:
Malah selepas rakaman tersebut tular, Martin menerusi konsert Coldplay selanjutnya sempat berseloroh meminta peminat memakai solekan dan bersedia untuk ‘ditangkap’ kamera.
Sementara Oasis dengan lantang mengatakan isu curang atau apapun yang terjadi dalam kalangan peminat mereka bukan masalah mereka.
“Kami tidak peduli dengan siapa kalian tidur atau sedang curang. Ia bukan masalah kami,” kata Gallagher lagi.
Topic Berkaitan
#Viral
#Coldplay
#Sindir
#Oasis
#Kiss Cam
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement