Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Oddah Luah Hasrat Nak Jadi Artis, Sharifah Shahirah Tak Halang… Siap Bagi Pesanan - “Kau Kena Kuat, Orang Akan…”

Khairil Khusyairi
01/08/2024 02:55 MYT
Pengacara dan penyampai radio popular Sharifah Shahirah memaklumkan anak perempuannya, Audrra atau lebih dikenali sebagai Oddah meluahkan hasrat mahu mengikut jejak langkahnya untuk menjadi seorang artis.

Oddah Nak Jadi Artis


Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera itu berkata, dia memberi sokongan terhadap minat anaknya itu namun dengan syarat harus menamatkan persekolahan terlebih dahulu.

“Oddah memang dia lemah perlajaran tapi dia pernah berkata ‘I wanna be like you”. Saya kata “Wait you still 15, hang on”.

“Dia nak (jadi artis). Sudah tentu saya bagi sokongan pada dia.

“Berlakon belum lagi sebab masih bersekolah. Habis saja sekolah baru ‘on’,” ujarnya kepada pemberita.

Shiera ditemui pada majlis pelancaran produk biskut BeCalm di Menara The Star, Petaling Jaya pada Rabu.

Kongsi Shiera lagi, dia turut mendedahkan ada menerima mesej langsung (DM) daripada individu tidak dikenali mengenai tingkah laku anak perempuannya itu.

Pesanan Shiera

Sehubungan dengan itu, Shiera memberi pesanan kepada Oddah agar sentiasa berkelakuan baik sekiranya mahu bergelar selebriti.

“Tapi ada orang yang dah mula DM pada saya kata perangai dia macam itu ini. Mengadu-ngadu yang tidak bagus.

“Sebab Oddah gedik, jadi saya pesan ‘kau kena kuat, orang akan banyak fitnah, mungkin kau buat betul kot’.

“Lagi satu kalau jadi selebriti, mula buat benda baik, lama-lama kita akan baik. Jangan ada semua benda free, ‘born to be wild, no’.

“Jadi sekarang orang dah perhati, jadi saya kena ajar dia tatasusila menjadi artis,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shiera turut berkongsi ada peminat yang teruja apabila bertemu dengan anak perempuannya itu.

“Ada yang ‘starstruck’ bila berjumpa dengan dia. Saya terkejut kenapa sampai begitu sekali.

“Orang tak ambil gambar saya tetapi dengan dia. Saya tanya pada dia apa yang dia dah buat, dia jawab ‘I don’t know, you know’. Dia memang begitu,” kongsinya lagi.

Untuk info, Shiera mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Zulkifli Azahari atau Ijoy pada 2003. Mereka dikurniakan lima cahaya mata.

Menerusi perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt, Shiera dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Oddah Akhirnya Bertemu Siti Nurhaliza Selepas 14 Tahun - “Nak Jumpa Mummy Siti Sepatutnya Pakai Tudung”

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa Aman Graseka Padam Mesej Lepas Minta Bantuan, Sharifah Shahirah Halalkan Segala Sumbangan- “Selepas Ini Tiada Lagi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Menunjuk Bayar Zakat? Netizen Pertahankan Sharifah Shahira - “Memang Dalam Islam Digalakkan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Sulung Selamat Bernikah, Sharifah Shahirah Titip Pesanan - "Kalau Gaduh Settle Sendiri, Jangan Menyusahkan ..."

#pelakon #Anak #Artis #Sharifah Shahirah #Shiera #Pesanan #Oddah #Audrra
;