"Mereka tanya siapa celebrity crush local I sekarang, erm.. Hun Haqeem," demikian kata-kata pengacara MeleTOP, Hawa Rizwana Redzuan dalam satu sedutan yang dipaparkan secara langsung ketika rancangan MeleTOP baru-baru ini.
Hawa yang kemudiannya tersipu-sipu malu itu turut disakat oleh rakan hos Nabil Ahmad yang berada di sebelahnya.
Lebih lucu, momen itu turut disaksikan sendiri oleh Hun Haqeem yang diundang sebagai tetamu jemputan pada episod berkenaan bagi mempromosikan drama terbaharu Imam Instant Ustazah Scammer.
"Risau ayah tengok, Masya-Allah," respon Hawa terhadap video berkenaan.
Sapa Nabil pula; "Rasanya kalau Imam Instant ni betul-betul jadi imam ni ayah setuju."
"Waktu tu baru lepas shoot episod pertama, jadi orang pertama yang muncul dalam ingatan Hun Haqeemlah," sambung Hawa lanjut sambil tersipu-sipu malu.
Dalam segmen sama, peminat turut terhibur dengan keletah Mierul Aiman yang melakonkan watak Ronaldo dalam drama berkenaan sempat memberikan pick up line kepada Qasrina di sebelahnya.
"Sepatutnya Christiano Ronaldo dia C, tapi sampai Ronaldo dia bagi CU. Sebab dia tak nak tinggalkan U (you) kat belakang tu. Macam I tak nak tinggalkan you," rujuk Mierul kepada Qasrina yang melakonkan peranan Siti Siakap dalam drama tersebut.
Pick up line itu usik warganet seakan-akan tepat dan mengena kepada kedua-dua pelakon baharu itu.
"Asal aku rasa macam Qas dah tahu eh apa yang Mierul cuba sampaikan. Sweet siak," tulis seorang pengguna di akaun YouTube MeleTOP.
"Qasrina macam tahan blushing dengar pick up line Mierul," tambah pengguna lain pula.
"Bersemut screen time Mierul bagi pick up line tu," tulis pengguna lain lagi.
Saksikan Imam Instant Ustazah Scammer setiap Ahad jam 9 malam menerusi Astro Ria atau strim dalam Astro Go.
Sinopsis Imam Instant Ustazah Scammer
Demi membayar hutang, Effa sanggup menyamar menjadi ustazah dan menipu tentang latar belakangnya.
Namun, kerana asyik dikejar ahlong, dia nekad melarikan diri ke Kampung Ramadan dan bertemu dengan Imam Asyraf, seorang influencer yang viral kerana alunan suara ketika mengajinya yang cukup merdu.
Imam Asyraf telah dilantik oleh Tok Jamlus untuk menjadi imam sepanjang tarawikh Ramadan ini. Kehadiran Effa ke kampung itu membuatkan Asyraf mula mengesyaki sesuatu.
Amri Hassan
Thu Apr 06 2023
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.