Laman Utama

#OhAbeNik: Mister Global Malaysia Peraga Baju Tradisional, Netizen Bertelagah Lawan 'Claim' Asal-Usul Songket!

Amri Hassan
16/03/2022
14:25 MYT
Mister Global telah melabuhkan tiranya dengan mengumumkan wakil dari Sepanyol, Miguel Angel Lucas Carrasco sebagai pemenang edisi kali ini.
Pertandingan yang berlangsung di Mahasarakham, Thailand itu turut menyaksikan peserta dari Vietnam, Danh Chieu Linh berada di tempat kedua disusuli wakil Korea Selatan, Dongwoo Shin di tempat ketiga.
Mister Global edisi ketujuh itu turut disertai oleh wakil Malaysia, Sreebathy Gobi.
Harus diakui, lulusan kejuruteraan mekanikal yang aktif dalam bidang kecergasan badan itu sudah memberikan yang terbaik mewakili Malaysia tahun ini walaupun pulang dengan tangan kosong.
Apa yang menarik perhatian dalam Mister Global kali ini adalah usaha setiap negara untuk menampilkan kelainan daripada segi persembahan setiap wakil termasuk busana kebangsaan yang diperagakan. Sudah pasti, itu yang menjadi perhatian umum setiap kali pertandingan sebegini diadakan!
Lima kostum kebangsaan terbaik dipilih tahun ini iaitu Indonesia, Nigeria, Ecuador, Sri Lanka dan Amerika Syarikat. Harus diakui kelima-limanya punyai elemen dramatik dan dipersembahkan penuh ekstravaganza.
Wakil Malaysia pula tampil bersederhana dengan busana tradisional Melayu berwarna merah jambu telus lengkap bertanjak dan keris.
Tidak salah kiranya kostum kebangsaan yang digayakan Sreebathy itu antara busana yang kerap dipakai oleh pengantin lelaki dalam majlis resepsi perkahwinan di Malaysia.
Namun, yang menjadi panas apabila netizen pula tampil bertelagah di ruang komen akaun rasmi Mister Global apabila melihatkan Sreebathy menyarung busana songket.
Memetik kata-kata netizen dipercayai dari Indonesia, songket merupakan fabrik tenunan yang berasal dari negara mereka.
"Songket from Indonesia," demikian coret beberapa pengguna yang menyatakan tekstil itu berasal dari Palembang, Indonesia.
"Mengapa pegang keris? Bukannya keris dari Jawa? Real claim kan?" tambah pengguna lain lagi.
Namun, ada yang tampil membahaskan tentang hal terbabit meletakkan bukti bahawa songket merupakan tekstil tenunan Melayu dan disenaraikan di bawah Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO pada sesi ke-16 Jawatankuasa Antara Kerajaan Untuk Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara.
BACA: Yuna Gayakan Songket Di Coachella, Style Weh!
BACA: Tenunan Songket Putih Tarik Perhatian, Bernard Chandran Ambil Masa 9 Bulan Cipta Baju Perkahwinan Diraja Anakanda Sultan Brunei
BACA: Memasak Pandai, Membatik Cantik, Halus Menjahit, Menyulam Boleh; Serba-Serbi Di Hujung Jari Permaisuri Agong
Biar apapun fakta atau asal-usul sesuatu budaya atau kesenian itu, jangan biar ia lenyap hanya dengan perbalahan yang tak berkesudahan.
Murnikan hati, berlapang, damai dan raikan setiap keunikan yang ada di mana-mana tempat dengan cara harmoni.
Tahniah buat wakil Malaysia dan setiap negara yang bertanding dalam Mister Global tahun ini.
Foto: @epul_senitravision @officialmisterglobal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Berita

8 Kawasan Di Malaysia Catat Cuaca Panas Di Tahap Berjaga-Jaga

gempak
26/07/2024
05:55 MYT
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di lapan kawasan di Semenanjung hari ini.
Hiburan

Malaysia Jadi Tuan Rumah BEYBLADE X SEA Cup 2024, Layan Juga Siri BEYBLADE X Di Astro Ceria!

gempak
25/07/2024
17:55 MYT
Para peminat permainan gasing moden dari Jepun, BEYBLADE, dari seluruh Asia Tenggara berkumpul bagi menyaksikan pelancaran BEYBLADE X Southeast Asia Cup (SEA Cup) 2024 baru-baru ini.
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.