,
gaya hidup

Memasak Pandai, Membatik Cantik, Halus Menjahit, Menyulam Boleh; Serba-Serbi Di Hujung Jari Permaisuri Agong.

Huda Hussain
09/12/2020
12:16 MYT
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, sememangnya terkenal dengan bakat seni Baginda yang tersendiri. Menerusi Instagram @airtangan_tunkuazizah Baginda sering berkongsi muat naik dan aktiviti harian yang dilakukan bersama 1 juta pengikut Baginda.
Kredit Foto: IG Airtangan Tunku Azizah
Memasak Bukanlah sesuatu yang asing apabila melihat Baginda Tuanku menyinsing lengan bersama barisan chef, tukang masak dan kru di dapur istana. Daripada masakan lauk-pauk Melayu, hidangan barat, manisan, ais krim, kuih-muih, aneka kek semuanya menjadi kepakaran Baginda Tuanku. Bahkan sejak kecil lagi, Baginda Tuanku sudah turun ke dapur mempelajari asas dan teknik memasak yang diajar oleh tukang masak istana. Menurut salah satu muat naik Baginda Tuanku, “Saya masih ingat masa kecil, selalu kena halau keluar dapur istana! Che Lok, Mak Lamah, Ku Comel dan Kak Cik selalu pok pek kat saya ‘Anak raja sila keluar dapur. Nanti parut/bertanda bila bersanding!’. Saya suka mengacau mereka masak, jadi mereka selalu suruh saya tolong kupas bawang, kupas kentang dan petik taugeh! Dari situlah saya belajar memasak. Mereka akan tunjuk kepada saya cara-cara, petua dan resipi… Dan mereka akan bisik kepada saya ‘Jangan ajar adik-beradik lain!’ dan saya pula rajin bawa buku nota, suka menanya dan tulis resipi-resipi. Mereka sayang saya kerana saya suka menolong mereka! I was their fave princess!” tulis Baginda Tuanku.
Kredit Foto: IG Airtangan Tunku Azizah
Buku Resipi ‘Legend’ Mula menulis resipi warisan keluarga diraja ketika berusia 18 tahun, menurut Baginda Tuanku, ia ditulis kerana takut kalau tukang masak meninggal dunia, resipi hilang begitu sahaja. Walaupun buku tersebut sudah uzur, ia masih tersimpan rapi bahkan Baginda Tuanku lebih gemar menulis berbanding menaip di komputer. Baginda Tuanku juga meluangkan masa berhari-hari untuk menulis semula koleksi resipi-resipi warisan turun-temurun keluarga diraja untuk diwarisi puteri-puteri Baginda Tuanku. Ternyata minat, kesungguhan dan cinta Baginda Tuanku dalam bidang masakan amat mendalam. Lantaran itu sebuah buku masakan hasil daripada Baginda Tuanku sendiri bertajuk "Air Tangan Tengku Puan Pahang" telah diterbitkan dan dilancarkan Mac 2005.
Kredit Foto: IG Airtangan Tunku Azizah
Menjahit Dan Mengait Menjahit dan mengait juga adalah sebahagian daripada hobi Baginda Tuanku. Bagaikan berada dalam ‘dunia’ sendiri, Baginda Tuanku begitu asyik dan ralit serta tekun dalam menyudahkan sesuatu projek seni. Selimut, face mask extender, sejadah muka, sarung bantal, beg, alas gelas dan botol serta banyak lagi hasil seni kraftangan ini menjadi sebahagian sentuhan magis Baginda Tuanku. Hasil bakat seni menjahit ini dipelajari Baginda Tuanku sejak kecil lagi apabila Almarhum Ayahanda dan Almarhumah Bonda Baginda Tuanku memanggil guru-guru untuk mengajar memasak, menjahit dan kraf ke istana. Dan bakat serta kemahiran itu berguna hingga kini. Ia disifatkan sebagai pembelajaran formal dan tidak formal yang diterapkan oleh Almarhum Ayahanda dan Almarhumah Bonda Baginda Tuanku. Menjadi kelaziman kini, seminggu sekali Baginda Tuanku dan kakitangan Istana Negara menghadiri kelas menjahit bersama Madam Fully dari Syarikat Epal.
Kredit Foto: IG Airtangan Tunku Azizah
Membatik Dan Menenun Satu lagi hobi yang menjadi aktiviti kegemaran Baginda Tuanku ketika punya masa terluang adalah membatik. Antara lokasi yang sering menjadi pilihan Baginda Tuanku untuk membatik ialah Institut Kraftangan Negara di Rawang bersama @kakeebatik. Disini, Baginda Tuanku menumpahkan segala kreativiti, idea dan hasil seni pada helaian kain sutera dan batik. Proses membatik bukanlah mudah. Ia memerlukan ketelitian selain kesabaran dan setiap teknik itu halus seni buatannya. Daripada proses mencelup kain, mewarna, mencanting dan lain-lain semuanya dilakukan secara manual yakni menggunakan tangan. Bahkan setiap helaian batik yang direka Baginda Tuanku disifatkan sebagai unik dan eksklusif.
Kredit Foto: IG Airtangan Tunku Azizah
Itulah antara keistimewaan yang dimiliki Baginda Tuanku. Tidak pernah lokek berkongsi apa jua aktiviti yang dilakukan Baginda Tuanku membuatkan pengikut di Instagram begitu akrab dengan figura diraja ini. Takkan pernah jemu untuk melihat apa jua yang dilakukan Baginda Tuanku. Sambil itu Baginda turut berkongsi tips tertentu apabila ada pengikut yang bertanya. Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan, kudrat dan cetusan idea yang memberi inspirasi dalam usaha memartabatkan cabang seni ini agar dicintai dan diminati pelbagai lapisan masyarakat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Tema ‘Kembali Menyengat’ Jadi Taruhan Di Pentas Pembukaan, Semak Senarai Lagu Minggu Pertama

gempak
22/11/2024
11:25 MYT
Dengan bertemakan “Kembali Menyengat” 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
Filem

Membanggakan! Abang Adik Dinobat Filem Terbaik 10th Asian World Film Festival Di LA

gempak
22/11/2024
11:13 MYT
Filem Abang Adik memenangi Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Advertorial

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati, Ini 5 Tips Pencegahan Tulang Rapuh!

gempak
22/11/2024
10:25 MYT
Pernah atau tidak, anda semua merasai sakit di bahagian tulang atau sendi? Jika pernah, itu adalah tanda-tanda awal mengalami masalah tulang rapuh.
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Unitar