Laman Utama
#OhAbeNik: Selagi Ada Oscars, Selagi Itu Industri Fesyen Terus Hidup, Imbas 10 Rekaan Ikonik Anugerah Itu...
Setuju tak kalau Abe Nik katanya penganjuran anugerah industri hiburan menjamin survival fesyen tempatan dan dunia.
Ironinya, setiap kali adanya majlis anugerah, tetamu yang hadir (terutamanya selebriti) akan mencari-cari pereka fesyen pilihan masing-masing untuk tampil bergaya dan mengikut tema.
Hal itu membuka semula peluang kepada penggiat fesyen untuk terus berkarya (dan mungkin menjana pendapatan) biarpun dunia dilanda pandemik.
Ada pelbagai cara majlis anugerah dianjurkan, mungkin juga secara virtual atau seperti biasa dengan standard operasi prosedur semasa, masing-masing pasti tak nak nampak ketinggalan atau buruk pada pandangan mata orang.
Oscars semakin hampir, pastinya selebriti yang diundang ke acara terbabit sudah tidak sabar lagi untuk memperagakan gaya dan fesyen masing-masing kepada seluruh dunia!
Apa kata kita imbas semula beberapa rekaan ikonik sepanjang penganjuran anugerah Oscars.
1. Janelle Monae in Ralph Lauren, 2020
Siapa boleh lupa dengan persalinan yang digayakan Monae pada acara tahun lalu. Pelakon itu antara yang mampu menggayakan apa sahaja siluet atau warna di karpet merah.
Monae tampil dengan gaun caped sequine yang punyai elemen futuristik dan glamor!
2. Gemma Chan in Valentino, 2019
Ya, gaun statement dari Valentino itu membuka lembaran baharu bagi pengkarya fesyen luar untuk mengambil inspirasi daripada siluet dan potongan yang diperkenalkan mereka menerusi acara itu.
Gaun merah jambu itu jadi sebutan ramai, kelihatan sangat selesa dan paling penting ada poket!
3. Billy Porter in Christian Siriano, 2019
Pernahkah Billy Porter kalah gaya di karpet merah? Pada acara itu, Porter mengenakan gaun tuksedo berwarna hitam putih dan tampil penuh dramatik di karpet merah. Kau mampu?
4. Natalie Portman in Dior, 2020
Natalie Portman dan Dior memang sudah sebati. Namun pada Oscars 2020, dia mengangkat fesyen ke aras lebih tinggi dengan statement luar biasa.
Portman memakai gaun Dior yang dipadankan dengan cape bersulam nama-nama pengarah wanita. Fashion, but make it feminist!
5. Halle Berry in Elie Saab, 2002
Masih dengan statement sulam! Halle Berry tampil dengan dres ikonik berwarna merah hati dengan sulaman di dada. Ada sesuatu yang luar biasa dan unik tentang dres ini.
Ketika naik ke pentas untuk menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik selaku wanita kulit hitam pertama memenangi anugerah itu, momen itu tambah lebih ikonik! Just wow!
6. Jennifer Lawrence in Christian Dior Couture, 2013
Lupakan fasal dia hampir tersadung di tangga pentas ketika menerima trofi, gaun itu bagaimanapun masih mega bagi Abe Nik!
Ia umpama dres perkahwinan fantasi yang nampak mewah dan fresh.
7. Zendaya in Giambattista Valli Haute Couture, 2018
Warna coklat mungkin warna yang tricky untuk dibawa ke karpet merah. Salah gaya malapetaka jadinya!
Tetapi Zendaya mewarnai dres itu dengan penuh glamor dan chic! Gaun asymmetrical sleeve dan soft draping itu membuatkan penampilannya timeless dan elegan. Wallah!
8. Nicole Kidman in Balenciaga 2007
Rasanya rekaan ini pun antara yang timeless dan akan nampak sesuai digayakan selepas 10 atau 20 tahun.
Dres merah ceri itu dilengkapi dengan potongan moden dan elegan. Tambah pula bow di belakangnya. Enuf said.
9. Gwyneth Paltrow in Tom Ford, 2012
Rasanya Abe Nik lebih suka melihat selebriti yang hadir ke majlis anugerah dengan gaya yang sofistikated dan moden. Salah satu gaun kegemaran Abe Nik tentulah yang dres putih yang digayakan Gwyneth Paltrow ini. Immaculate & uncluttered!
10. Angelina Jolie in Atelier Versace, 2012
Momen leg-baring yang paling kerap dijadikan rujukan dan diperkatakan hingga sekarang! Jolie tak pernah kalah dalam berfesyen.
Agak-agaknya bagaimana pula gaya selebriti yang hadir ke anugerah Oscars tahun ini ya? Bakal ada yang mencuri tumpuan, melakar momen ikonik baharu atau so-so jer? Sama-sama kita tunggu!
Bagi anda yang tidak menunggu acara gemilang ini, sediakan tempat duduk dan nantikan anugerah #Oscars ke-93 yang akan tiba pada 26 April, jam 8 pagi.
Saksikan secara langsung di Hello (Saluran 702) dan Astro Ria (Saluran 104).
Karpet merah akan bermula pada jam 6.30 pagi di Hello (Saluran 702) & strim aplikasi Astro GO di mana jua anda berada.
***
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen dan kemahiran harian.
Must-Watch Video