Laman Utama
“Oi Beruk, Filem Malaysia Ada Je Yang ...” - Janna Nick Bertelagah Dengan Netizen, Kenapa Pula Tu?
Nama pelakon Janna Nick trending di Twitter sejak malam tadi gara-gara menyuarakan pendapat berkenaan garis panduan filem di Malaysia.
Pada mulanya, Janna menulis pendapat mengenai isu serangan di bangunan Capitol oleh penyokong Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini.
Pendapat Janna itu seakan mengaitkan kejadian tersebut dengan filem dystopian aksi thriller, The Purge.
"Trending #ThePurge menunjukkan impak filem itu terhadap orang awam. Inilah sebabnya beberapa garis panduan diperlukan dalam industri filem, sebagaimana Malaysia telah lakukan selama bertahun sebelum ini," tulis Janna menerusi akaun Twitter miliknya.
Selepas itu, netizen membalas tweet Janna dengan menyarankan pelakon tersebut untuk mengetahui lebih dalam mengenai isu rasis dan demonstrasi keganasan yang sering berlaku di Amerika.
Netizen itu juga mengatakan demonstrasi keganasan dan rasis telah berlaku di negara berpengaruh itu sebelum filem The Purge dihasilkan.
Pertikaian bertambah hangat apabila Janna membalas tweet netizen itu dengan menggelarkannya 'loser'.
Bukan itu sahaja, Janna juga ada membalas tweet pengguna Twitter lain dengan menyuruh netizen tersebut berpijak di bumi nyata dan tidak membandingkan filem bajet ratusan juta dengan filem kos rendah.
"Oi beruk...filem Malaysia ada ja yang power walaupun low budget, berpijak di bumi nyata...Jangan nak compare filem ratusan juta dengan filem kos rendah!" tulisnya.
Walaubagaimanapun, Janna tidak mahu memanjangkan pertikaian dan tampil dengan satu kenyataan malam tadi mengucapkan terima kasih untuk semua pendapat yang diberikan netizen.
"Terima kasih kepada semua yang berkongsi pendapat, saya harap anda menerima pendapat saya juga," tulisnya.
Pagi tadi, Janna meluahkan rasa kecewa terhadap netizen kerana mendapati dirinya dikecam serta dihina.
"Pagi ini saya bangun dengan rasa sungguh kecewa terhadap warga netizen. Saya dikecam dan dihina, saya berasa sedih teramat.
"Sesungguhnya saya amat memerlukan sokongan kalian untuk saya meneruskan kehidupan saya, aku insan yang lemah hanya mampu berserah ingin sekali bertemu," tulisnya.
Must-Watch Video