Viral

Okay Jangan Risau, 31 Tahun Bukan Warga Emas! – Admin Syed Saddiq Sahkan Nota Tular Palsu

gempak
Fiza Kamarudin
05/07/2019
14:33 MYT
Sponsor Banner
Okay Jangan Risau, 31 Tahun Bukan Warga Emas! – Admin Syed Saddiq Sahkan Nota Tular Palsu
Admin laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter milik Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mengesahkan gambar menteri itu berserta nota berkenaan penakrifan baharu rakyat berumur 31 yang tular semalam adalah palsu.
Menerusi kapsyen foto yang dimuat naik, admin menafikan Syed Saddiq mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“YB Syed Saddiq tidak pernah mengeluarkan kenyataan berikut. Kenyataan ini adalah kenyataan Palsu,” kata kapsyen gambar tersebut yang dimuat naik lewat malam semalam.
Sementara itu di Instagram, menerusi InstaStory, Syed Saddiq memuat naik penafian berkenaan hal tersebut.
"Pihak kami amat kesal dengan tindakan segelintir pihak dalam menyampai serta menyebarkan kenyataan palsu itu.
"Tindakan ini dianggap sebagai niat untuk menjejaskan imej Syed Saddiq.
"Selidik dahulu untuk kepastian!" tulis entri tersebut.
Semalam satu entri mendakwa Ahli Parlimen Muar mengeluarkan kenyataan yang meletakkan golongan berusia 31 tahun ke atas sebagai warga emas, tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live